Friday, 3 June 2016

Speak! Speak! Speak! Tegurlah Orang Sekeliling Ketika Travel

Apa yang kita dapat bila berjalan-jalan?

Wait. Scratch that. Berjalan-jalan? Atau berjalan? Apa beza antara dua ini? Bagi saya, berjalan-jalan ini hanya sia-sia, for fun dan tiada matlamat penting. Yang ada, hanyalah tujuan untuk berinsta, berselfie dan berKembaraMelbourne. Eh. Lol.

Berjalan pula, bagi saya, ada matlamat. Ada goal. Ada objektif yang penting untuk dicapai. Ustaz Affuan pernah sebut mengenai ini ketika forum di Warwick April lepas. Sebab itu kita kena tanya diri kita, apa yang kita nak buat dan dapat, dengan berjalan itu?

Ada orang, sukakan sejarah di Turki, Spain etc.
Ada orang, sukakan alam di Switzerland, New Zealand etc.
Ada orang, sukakan seni di Paris, Italy etc.

Lain orang lain cita rasa. Semua berbalik pada diri sendiri. Betulkah jauh perjalanan luas pemandangan? Atau semata-mata "more photos to post on FB or insta" ?

(saya teringat perkongsian seorang sahabat dalam hal ini. Katanya, salah satu reason nak berjalan ialah, nak banyakkan tempat sujud kepada Allah. Pergh)

Bagi saya, paling best apabila dapat berbual dengan orang di situ. Biasanya, yang mudah dilayan (biasanya), orang-orang tua couple tengah rileks-rileks. Mereka lebih senang diajak berbual etc. To me, by talking and socialising with the locals, really give me some interesting perspective, and put a smile on my face for the whole day.

Yup. That good.

Saya teringat pada Angie, seorang gadis survival dan independent yang saya terjumpa kita sebuah hostel di Istanbul. Pada malam pertama sampai, saya keluar bilik, nak ke tandas untuk gosok gigi, only to find out ada seorang perempuan baru sampai, katilnya di depan pintu bilik saya.

Awalnya, saya hanya bertegur ala kadar dengan nya. Sekadar "Hi, how are you?" etc. Tanpa disedari, kami berbual macam-macam, bermula daripad pengenalan diri, kisah perjalanan masing-masing, sampaikan kepada bertukar pengalaman kelakar, sedih masing-masing sepanjang pernah travel.

Awal perbualan, saya takut-takut nak bercakap, dan English masih sangkut-sangkut. (Tapi Angie cakap saya punya English sangat bagus). Tapi lama-kelamaan, saya jadi addicted bercakap dalam BI dengannya :P

Serious. There I was, standing in front of her, talking for almost 2 hours without me realising it. Ingat tak saya cakap saya on the way nak pergi gosok gigi kan? Sepanjang 2 jam itu, saya masih memegang berus gigi di tangan kiri, haha.

But, good things must come to an end. Finally, we had to stop because of each of us need to get our rest for our big day tomorrow. Sehingga situ sahaja kisah saya dengan nya. Angie, gadis backpacker daripada Georgia, US, yang dah travel lebih daripada 30 negara berturut-turut (dia pernah ke Thailand, tapi tak masuk Malaysia, haha. Cheseecake betul)

Well, itu la pendapat saya. Antara perkara menarik bila travel, selain mengambil ibrah alam, sejarah, culture dan sebagainya, berbual dengan local juga merupakan satu pengalaman unik yang sangat-sangat dikejari :)


p/s :
Gambar ini, kami sedang berbual dengan pasangan tua selepas turun tram. Mereka pernah tinggal di Malaysia 1987 dahulu. Lama sungguh. Time itu Muhyiddin pun tak jadi TPM lagi.

No comments:

Post a Comment

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts