Friday, 3 June 2016

Salak Tinggi Street - Majlis Menemukan Kasih Alma Mater

Ketika awal-awal ke membeli tiket ke Melbourne, langsung tak teringat ada beberapa kawan UniKL MIAT di sana. Lama selepas itu, baru teringat. Terus mesej salah seorang daripada mereka.

"Eh. Mu dok kat Melbourne eh?"

Itu lah antara teks yang dihantar, yang diingati. Haha. Rupanya betul. Bukan satu. Bukan dua. Tetapi tiga alumni UniKL MIAT yang sama-sama dengan ku dahulu, sama-sama buat program, ada yang satu kelas, satu batch, junior setahun etc.

Sampai sahaja Melbourne, memang teringat pada mereka ini. Walaupun berlainan jantina, namun aku agak baik dengan mereka sebab banyak persamaan (kelas, kelab, program etc)

Ada yang sama-sama handle Seminar Productive Muslim.
Ada yang sama-sama sertai kelas NLP Sharing.
Ada pula yang sama-sama dalam Silat Cekak Malaysia.

Macam-macam.


Siapa sangka, akhirnya Allah temukan jua kami di sini, di negara orang, yang sampai sekarang, saya masih susah nak percaya, berjumpa mereka di sini. Haha. Serious. Susah nak percaya.

Alhamdulillah. Reunion warga Salak Tinggi Street, di Clayton North, Lygon Street, Victoria, Melbourne, Australia. ^_^

In the end, begitu lah ukhwah saya dengan mana-mana kawan sekalipun, baik lelaki atau wanita. Selalunya melalui kelab, program ataupun kerja berprogram. Sebab ketika bekerja bersama lah kita akan serba sedikit mengenali style dan personality seseorang itu.

Bagi saya lah. :)

p/s :
Gambar ini diambil ketika open house Raya mereka petang tadi. Lebih 50 tetamu hadir, mereka buat semata-mata nak sambut kedatangan saya ke Melbourne (perasan). Saya jauh sikit, jaga jarak :P

Dua tiga kucing berlari,
Mana kan sama si kucing belang,
Tiga gadis telah ku temui,
Tinggal nak cari yang keempat pula sekarang.

*Okay gurau*

No comments:

Post a Comment

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts