Friday, 3 June 2016

Sains, Makmal & Pajero - Guru Sains Yang Disayangi!

Jantung yang berdegup seribu tadi kian mula perlahan dan tenang. Debaran menanti result SPM itu telah tamat, dan kini wajahku ceria dan gembira melihat result sendiri. Bukanlah cemerlang, namun ku puas hati.

Jujurnya, aku bukanlah dalam kalangan pelajar pandai yang "ditarget" oleh cikgu-cikgu, untuk dapat result cemerlang dalam SPM. Aku bukannya geng yang "dia ini result mesti power la SPM nanti."

Tidak. Aku bukan. Malah, keputusan trial ku pun hanya 3A. SPM? Alhamdulillah, it was good enough for me. Seharian selepas mendapat kertas tersebut, aku mendapat ucapan tahniah daripada cikgu-cikgu dan rakan-rakan.

Dalam ramai yang wish itu, ada seorang cikgu yang ucapannya, tetap aku ingat sampai sekarang, iaitu Cikgu Asiah, cikgu Sains ku ketika Tingkatan 3 dahulu.

"Aiman mungkin tak sangka result macam tu, dan Aiman mesti ingat yang Aiman bukannya pandai mana pun. Tetapi cikgu yakin, salah satu asbab Aiman dapat result tu, rezeki Allah bagi pada Aiman.

Aiman aktif dengan Badan Pelajar Islam (BPI), banyak uruskan ceramah ustaz, tazkirah dan sebagainya bersama dengan geng BPI. Sebab itu cikgu percaya, ini rezeki Allah nak bagi kat Aiman. Berkat atas apa yang Aiman buat selama ini."

Kata-kata cikgu Asiah yang takkan dapat ku lupakan. Walaupun aku bukanlah aktif mana seperti digambarkan (aku hanya tukang buat poster dan video), namun aku yakin dengan jawapan cikgu Asiah.

Sehingga sekarang aku berpegang pada kata-katanya. Dan kata-kata ini lah yang membuatkan aku terus bertahan dan bersemangat untuk bekerja dalam organisasi sambil aktif dalam pelajaran (walaupun bukan level orang first class).

Kerana aku yakin, one of the many reason why I can still survive in this hard and complex Psychology course, is because Allah's barakah in it.

"Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah,nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."Surah Muhammad : 7

Dan hari ini, aku dikhabarkan bahawa Cikgu Asiah telah bersara daripada dunia pendidikan. Selepas ini, tiada lagi Pajero merah gelap di sekolah, parking berhadapan dengan Makmal Sains itu.

Namun percayalah, ilmu yang dikongsikan oleh nya tetap akan diamalkan oleh kami, pelajar-pelajar didikannya. Insya Allah..

^_^

No comments:

Post a Comment

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts