Friday, 3 June 2016

Open Your Eyes, Not Just Your Lens - Observe The Nature With Your Heart

Kenapa perlu nya berjaulah?

Selalu sangat, saya risau untuk diri saya dan juga diri orang lain. Kita travel sebenar-benar ingin meluaskan pengalaman, menjelajah bumi Allah, melihat perbezaan masyarakat, atau semata-mata ingin bergambar, menambah status/harga/standard diri atau apa?

Fikir kembali. Mari saya bagi contoh. 

Kalau la travel ke Turki contohnya. Kita sebenar-benar ingin melihat kesan Turki Uthmaniyyah kah? Kalau kita ke Sepanyol, adakah sebenar-benar ingin menjelajah bumi Abasiyyah? Atau sekadar sebab orang lain semua pergi? Itu baru merujuk pada tamadun manusia.

Bagaimana dengan alam semula jadi? Haiwan?

Apabila kita tiba ke tempat yang subhanallah muka bumi nya cantik, terbaik dan terbabom, seperti tebing tinggi yang unik atau gua yang sangat purbakala etc, adakah kita betul-betul nak menghayati keindahan kuasa Allah?

Atau kita msaih sibuk terkejar-kejar mengambil gambar, memikirkan posisi dan mencipta "kenangan", sedangkan kita hanya memerhati keindahan ciptaan Allah hanya melalui lensa kamera, dan bukannya mata hati?

Begini, saya kongsikan tips apabila melalui travel sebegini

1. Ambil la gambar sekiranya mahu. Tiada masalah. Posing la sepuas mungkin sehingga patah kamera sekalipun.

2. Yang menjadi masalah, apabila HANYA mengambil gambar semata-mata. Posing, snap snap, kemudian balik.

3. Biarlah selepas selesai, luangkan masa 5-6 minit untuk melihat keindahan ciptaan dunia Allah dengan mata sendiri. Simpan kamera/gajet dalam poket/beg. Berbual lah dengan teman jaulah anda tentang ibrah alam.

4. Take your time, ambil ibrah dan hayati dengan mata hati.

Time jadi AJK WOW, JOM atau Tautan Ukhwah, bukan main kita cakap kat peserta/junior pasal suruh ambil ibrah daripada berjaulah. Bukan jalan-jalan saja-saja. Heh.

Amatlah celaka dan durjana sekiranya kita sudah dipersembahkan dengan keindahan ciptaan Allah DI DEPAN MATA, tetapi kita masih sibuk berinsta dan bergambar sakan, sehingga terlupa untuk memandang dengan mata sendiri dan mengambil ibrah daripadanya.

Sekiranya mereka yang sibuk bermain gajet depan kawan/keluarga itu digelar ANTI-SOSIAL, maka mereka yang sibuk bergambar tanpa memerhatikan ciptaan Allah ini saya namakan ANTI-ALAM. 

Atau lebih dasyat, ANTI-TUHAN.

Sebab tak nak pandang pun ciptaan Tuhan itu sendiri.


"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal..."
- Surah Al Imran 3 : 90 -

p/s :
Gambar ini ialah di The Nobbies. Western Port of Melbourne.

No comments:

Post a Comment

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts