Friday, 3 June 2016

"I Want Your Camera, Mate!" - Berhusnuzon Lah Kita

Sambil berdiri menunggu lampu bertukar merah, aku memandang ke arah peta yang sedang dipegang di tanganku, memerhatikan perjalanan yang bakal ditempuhi, untuk meredah Flinster Road itu.

Tiba-tiba, seorang lelaki saleh datang berdiri rapat di sebelah ku, dan memandang ke arah tubuh badan ini. Ekoran mata ku dapat menangkap kehadiran beliau, dan aku tahu, dia sedang memandang tepat ke arah kamera ku di dada, sedang tergantung.

Sudah tentu, secara natural nya, akan rasa terancam bukan?

Terus, aku berpatah badan ke belakang, menghadap ke arah teman-temanku yang baru tiba di belakang, sambil ku buat-buat bercakap mengenai peta itu. Niatnya, hanya ingin menjauhkan diri daripada Abang Saleh tadi.

Lirikan mata ku yang tak henti memandang ke arah nya, dapat menangkap beliau yang kini memandang juga ke arah ku. Beliau tidak melepaskan pandangan mata nya ke arah ku, walaupun sudah menjauhkan diri.

Tidak lama selepas itu, sementara lampu melintas jalan masih merah, beliau berjalan menghampiri kami. Aku mula ketakutan dan,jantung mula berdegup kencang. Serius!

Lalu, beliau seraya berkata,

"Can I help you, mate? Where are you trying to go?"

Terkejut aku dengan soalannya. Sungguh, selepas menjawab bahawa tempat yang ingin ditujui kami hanya beberapa puluh meter sahaja (sebab saya pandai baca peta, dan dah nak sampai), aku beristighfar dalam hati.


Astaghfirullah..

Siapa sangka, lelaki yang aku bersangka buruk, rupanya berhati murni nak membantu kami yang pada matanya, seperti tourist yang tak jumpa-jumpa tempat yang nak pergi.

Allah. Serius rasa serba salah. Saat itu juga, Allah nak ajar something. Kadang-kadang, kita memang nak berjaga-jaga. Dalam dunia yang penuh fitnah dan ujian, kita lebih mudah untuk bersangka buruk untuk langkah berjaga-jaga. Don't get me wrong. Berjaga-jaga itu tetap perlu, dan penting.

Dan siapa sangka? Rupanya Allah nak tunjukkan, kita tak perlu menjadi muslim untuk menjadi manusia. Terima kasih abang Saleh. Terima kasih sebab nak bantu, dan terima kasih sebab memberi pengajaran berharga kepada ku di bumi Kangaroo hari ini.
:')

No comments:

Post a Comment

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts