Friday, 3 June 2016

Eh, Halal Ke Ni? Boleh Makan?

Halal ke ayam ni?
Ikan ini sembelih tak?
Sayur dia boleh makan ke?
Susu ini okay ke untuk minum?
Telurnya disembelih habis?

Persoalan yang seringkali bermain di kepala setiap kali travel, especially ke negara non muslim seperti US, Canada, Eropah etc. Setiap kali itu juga lah, kita belajar untuk berwaspada.

Berwaspada dengan perkataan "gelatine"
Berwaspada dengan istilah "wine"
Berwaspada dengan terma "pork"

Lain negara, lain sistem nya. Di UK, cara mudah mencari makanan halal ialah makanan ada V, iaitu Suitable For Vegetarian. Di India pula, sama konsep, cuma logonya bukan V, tetapi kotak putih dan titik hijau (macam bendera PAS, tetapi warna terbalik)


Dalam Islam, semua makanan dikira halal, unless stated otherwise. Allah bagi kita makan semua benda, kecuali yang tertentu, seperti bangkai, khinzir, alkohol etc. Ya. Begitu konsep nya.

Berbeza di Malaysia yang ada sistem Halal JAKIM, saya perhatikan, seperti terbalik dengan istilah halal yang sebenar. Seolah-olah, makanan kita semuanya haram, unless stated otherwise. Terbalik.

Saya sendiri pernah tergelak nampak air mineral di Kajang (jenama dirahsiakan) yang ada logo halal. Entah kenapa, mentaliti kita yang tak mahu makan sesuatu selagi tak ada logo halal padanya, walaupun makanan itu tidak lah meragukan, seperti air mineral.

Namun tak dinafikan, attitude dan sikap pembuat/kilang kita yang ada juga meragukan, walaupun sudah ada halal. Sikap yang menentukan, bukan sistem semata-mata. Baik mana pun sistem, kalau sikap penggunanya tidak bagus, tiada gunanya.

Apabila pergi ke negara orang, baru lah kita mula menghargai nikmat makanan halal, terutama apabila jumpa ayam halal. Sekiranya di restoran, kita mula berpegang pada konsep "orang kedai itu cakap halal."

Seriously.

In the end, kita juga perlu sedar 2 perkara.

  1. Allah bukan sekadar suruh kita cari dan makan makanan halal, tetapi juga mesti lah toyyiban, iaitu berkhasiat/baik/menyihatkan (fast food tak toyyiban)
  2. Halal itu bukan sekadar pork-free dan binatang disembelih. It's more than that.


p/s :
Contohnya, perhatikan sistem Kosher. Sangat sistematik, dikagumi dan terjaga rapi. Maybe lain post, saya akan kongsikan juga mengenai sistem Kosher mereka yang saya kira, lebih "halal" daripada makanan halal kita.

No comments:

Post a Comment

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts