Friday, 3 June 2016

Dia Permata Berharga - The Bangau Chaser

"Aiman, saya berminat nak buat program dengan student di UK. Boleh usahakan?"

Ayat ringkas itu lah yang takkan sesekali saya lupakan, yang akhirnya menjadi titik permulaan untuk aktiviti seminggu depan ini.

Sepanjang hidup saya, belum pernah lagi saya berjumpa seseorang sebegitu rupa. Kenapa? Sebabnya, seperti berikut :

1. Flight ticket beli sendiri, duit beliau SENDIRI.
2. Bayaran sepanjang program di sini, PERCUMA.
3. Apa yang diminta? Hanyalah crowd, penginapan dan makanan.

Ya. Benar. Tiket penerbangan yang dibeli sendiri itu sudah cukup membuktikan kesungguhan beliau untuk berkongsi ilmu dengan rakyat di sini. Malah apabila ada sedikit sumbangan orang nak bagi, sedikit pun beliau tidak ambil. Jawapannya, saya ingat sampai sekarang.

"Maybe next time, insya Allah."

Saya kenal beliau sudah setahun. Walaupun tidak lah rapat mana, tetapi seseorang yang boleh saya gelarkan sebagai guru saya ini, beliau tidak mengambil apa-apa bayaran untuk servis nya kali ini. Sedangkan di Malaysia, saya tahu sangat tahap bayaran nya dalam kalangan syarikat-syarikat korporat. Mencecah lebih RM3,000, minimum, untuk sehari.

Saya beritahu ini bukan untuk menjual nya, sebut harga, poyo etc. Tetapi untuk anda faham bahawa value pengalaman dan wisdom nya, bukan calang-calang orang dan semestinya, perlu lah dihargai sebaiknya.

Hargailah orang-orang hebat di sekeliling anda, tak kira siapa.
Belajar daripada nya, tuntut ilmu daripadanya.
Ambil ibrah daripada pengalamannya.

Bagi yang akan menjadi peserta nya nanti, anda akan alami sendiri betapa berharganya beliau di mata kami selaku muridnya, dan betapa banyak nya kita boleh belajar daripada beliau.

Insya Allah.

Bagi yang membaca ini, saya mohon sahabat-sahabat semua untuk doakan kesejahteraan atas usaha ikhlas nya minggu hadapan ini, dan semoga Allah murahkan rezeki nya dan keluarganya.

Juga doakan kelancaran perancangan dan pelaksanaan aktiviti/program kami minggu hadapan. Semoga Allah permudahkan, amin..

p/s :
Buat sesiapa yang tidak tahu, bayaran untuk seorang professional speaker ini bukanlah untuk harga ilmu Allah, tetapi servisnya, untuk kos kelayakannya dan professionalismenya. Seperti mana kita beli buku agama, yang dibeli ialah kos printing nya, bukan dalil Quran bagai dalam nya.

No comments:

Post a Comment

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts