Friday, 3 June 2016

Dah Solat Ke Belum? Boleh Ke Solat Atas Tanah? Tak Ada Sejadah?

Sedang kami memandang kiri kanan, mencari-cari port yang best dan lapang, tiba-tiba kami ditegur oleh salah seorang staf zoo itu.

"Hey. Can I help you? Are you lost?"

Wanita berwatakan matang itu bertanya kami, mungkin kerana beliau nampak kami seperti mencari-cari dan meninjau-ninjau sana sini. Seraya saya menjawab,

"Oh no we're not lost. We're just looking for a place to pray."

Simple.

Beliau tersenyum, memahami, dan terus meminta izin untuk pergi, tak mahu menganggu kami. Yes. She respects us. Then, sekilas, kami akhirnya jumpa tempat nak solat, dan solat lah seperti biasa, berlapikkan muffler sebagai "sejadah" untuk sujud.

Sebenarnya, apabila ditanya pada saya apa yang paling dihargai selama tinggal di UK selama 2 tahun dan merantau ke negara-negara orang ialah, IZZAH dengan Islam. Specific lagi, merujuk pada SOLAT.

Ya. Saya menjadi bangga untuk mengaku menjadi seorang muslim, apatah lagi dengan mempamerkan dengan solat di khalayak ramai.

Bukan scenery, bukan landscape, bukan history sahaja. Tetapi SOLAT lah yang seringkali menjadi perkara yang sangat saya hargai bila berada di negara non-muslim. Apabila di Malaysia, saya take it for granted. Namun apabila di luar, allahu... :')

Izzah dengan SOLAT bukanlah satu riak, sebab bagi saya, riak itu hanya terjadi bila kita buat sesuatu amalan dan orang yang memerhatikan itu, tahu kita sedang beramal dan dapat pahala. Tetapi untuk IZZAH, orang yang memerhati tak tahu pun konsep pahala amalan etc, tetapi hanya nampak sebagai kita berkelakukan MUSLIM.

:)
I am a muslim, and I'm proud to be one!

p/s :
Gambar ini merupakan kawasan solat yang disediakan di Maru Koala & Animal Park, Phillip Island. Ianya kawasan khas, dan bukannya merujuk kepada real life situasi macam post saya di atas. Post saya di atas ini merujuk kepada situasi saya di Werribee Open Range Zoo, zoo yang lain dan tiada "surau" disediakan. ^_^

(bendera Malaysia menjadi sejadah :P )

No comments:

Post a Comment

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts