Friday, 3 June 2016

Chemical Bond Ipoh-Kampar : Perjalanan Mencari Gred A

Zaman form 4 form 5, aku tak pandai mana pun. Boleh kata, subjek yang betul-betul aku boleh score cuma beberapa, iaitu, BM dan Fizik. Itu je. Yang lain? Cukup makan je lah. Addmaths lagi la. Terlalu "kais pagi" sampaikan kena ada satu post special pasal tu.

Anyway. Time form 5, aku lemah Chemistry. Sangat lemah. Tak pernah dapat B atau A pun. Seperti mana aku lemah Biologi kena menghafal, macam itu juga aku lemah Chemistry sebab tak dapat nak grab konsep.

Nak tak nak, ambil tuisyen luar dengan seorang cikgu, nama dia Cikgu Marhana, daripada sekolah kat Kampar. Time ini, aku still belajar di STAR Ipoh. Kenapa beliau? Sebab beliau pemeriksa paper Chemistry SPM.

Menarik kan?

Saat orang lain keluar outing pergi Ipoh Parade, Jaya Jusco, tengok wayang, makan popcorn bagai, aku yang nak kata nerd tak, rajin pun tak, terpaksa la berulang alik ke Kampar untuk tuisyen dengan cikgu Marhana.

Tuisyen Kimia, almost every week, ulang alik daripada Ipoh. Time itu la first time belajar naik bas pergi stesen bas, kemudian naik bas berangin ke Kampar, sampai tertidur.

Macam-macam kenangan. Pernah terlepas stop or turun awal sangat, sepanjang awal-awal nak biasakan diri. Pening. Tapi itu orang kata, pengorbanan kot. Pahit-pahit diri dulu, sekarang dah manis alhamdulillah (walaupun tak ada sambung bidang yang melibatkan kimia).

Lega juga, warden macam cikgu Shahnun, cikgu Zaidi, cikgu Izaheri memahami yang aku betul-betul pergi tuisyen jauh, bukannya lepak-lepak main game kat CC (outing pukul 10 pagi sampai 5.30 petang je). So selalu juga balik lewat, sampai sekolah dah dekat pukul 7 pun pernah.

Time dapat result SPM, hanya Allah yang tahu betapa bahagianya.  Nak kata over confident dengan Chemistry pun ye juga, sebab time dapat slip SPM, tak tengok dah subjek Kimia. Terus tengok Biologi dan Add Maths je.

(nampak sangat confident habis yang Kimia memang lepas)

Alhamdulillah. Kenangan yang takkan dapat dilupakan. Bas Kinta hijau gelap, angin-angin petang menyapu muka, rumah hitam cikgu, buku SASBADI dan PELANGI zaman SPM, ink merah pink muka surat electrolysis.


Terima kasih cikgu Marhana. It was a wonderful experience. Dapat singgah sekejap ke rumah, membawa balik semua nostalgia lama. Yang dalam gambar ini, anaknya itu Faisal. Student Accounting from UIA. Berminat, boleh PM aku. Heh.

Kesimpulannya, tak kisah kita dalam bidang/dunia apa sekali pun, jangan give up semata-mata sebab kita tak pandai dalam sesuatu itu, especially kalau ianya perkara asas. Pasti ada cara untuk belajar dan belajar.

Pendek kata, stop bangau-ing.

No comments:

Post a Comment

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts