Wednesday, 1 June 2016

Program Motivasi Itu Tidak Islamik Kah?


Kita selalu sangat dengan stigma program agama ini maksudnya mesti bersifat spiritual, kuliah maghrib, tazkirah, ada intipati hadis Quran dan sebagainya, tanpa membuka ruang untuk melihat dunia di luar sana.

Sedangkan tanpa kita peduli, nilai-nilai program "motivasi", soft skills (human interaction), business management dan sebagainya, di situ juga ada terlaaaalu banyak nilai Islam.

Hanya sebab program ini tidak berbunyi huruf arab, atau mengandungi sebutan-sebutan ketuhanan, tidak bermakna program ini tidak ke arah Islam.

Bukankah setiap mesej yang baik itu, dekat dengan Islam?

Kalau benar kita fahami Islam itu syumul, maka kita tahu bahawa dalam setiap ilmu di dunia ini boleh dikaitkan dengan nilai Islam. Contohnya soft skills? Rasulullah bagi banyak contoh dan ibrah untuk diambil.

Maka belajar lah!

Jangan salah faham, saya bukan nak cakap kuliah-kuliah maghrib, tafsir hadis itu semua, tak perlu. Bukan. Saya cuma nak cakap yang program training & learning ini juga perlu dipelajari oleh setiap dai'e.

p/s :
Salah satu sebab kenapa program-program sebegini tidak menggunakan term-term "Islamik", sebab kita nak sebar juga dakwah kepada non-Muslim. Perkenalkan mesej kebenaran, instead of hanya promosikan kumpulan.

No comments:

Post a Comment

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts