Wednesday, 1 June 2016

Poster Mana Satu Lagi Cantik, Bro?

Sejak 5-6 bulan kebelakangan ini, saya perasan sesuatu mengenai DESIGN POSTER. Terutama sejak menubuhkan Infiru Learning & Consultancy dan mula berkawan dengan kawan-kawan dalam kalangan korporat juga yang ada syarikat masing-masing, pada masa sama, kawan bertambah dalam kalangan pelajar RISE, DAISUKI, WOW, PMS etc.

Nak tahu apa yang saya perasan?

Design poster generally terbahagi kepada dua jenis. Pertama, design yang berbentuk cantik, menarik tetapi agak kartun. Kedua, design yang berbentuk kemas, elegan, tetapi agak rigid.

1. Design Cantik, Menarik Tetapi Agak Kartun
  • Coraknya menarik, tertarik dan memang seronok dipandang.
  • Ciri-cirinya yang fokus entirely pada kreativiti, maka ia lebih kepada konsep abstrak dan bukannya sistem
  • Saya perasan, poster sebegini amat popular dalam kalangan pelajar (generally)


2. Design Kemas, Elegan tetapi Agak Rigid
  • Coraknya simple, kemas dan penggunaan warna nya sedikit
  • Ciri-cirinya yang fokus banyak pada sistem, maka lebih kepada konsep susunan dan bukannya abstrak
  • Saya perasan, poster sebegini lebih diyakini oleh syarikat-syarikat korporat, professional dan agak kurang dalam kalangan pelajar (generally)


Jujurnya, kedua-dua jenis poster ini cantik dan boleh diterima pakai, asalkan beberapa faktor ini diambil kira :
  1. Tahu siapa target audience kita
  2. Penggunaan font jangan lebih daripada 3 jenis
  3. Kesesuaian warna berbeza mestilah 'masuk'
  4. Tahu apa yang nak dicapai melalui poster itu

Bagaimana pendapat anda? Silakan tambah hujah mengikut pendapat dan pengalaman anda. Dan jenis mana satu menjadi pilihan hati anda? ;)

No comments:

Post a Comment

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts