Tuesday, 31 May 2016

Pause Lidah, Play Words Lain. Memilih Untuk Sedar


Sejak saya menceburkan diri dalam dunia PLF, banyak pemilihan kata-kata saya mula berubah dan lebih berhati-hati. Antaranya :

1. Cuba
Setiap kali kata-kata ini bermain di mulut, saya akan ulangi dengan ayat yang tidak menggunakan istilah "Cuba". Terus sebut nak buat apa, biasanya saya akan gantikan dengan "Usahakan".

2. Nasib baik
Kini saya sudah mampu berhenti sejenak daripada terluahnya ayat ini dan menggantikannya dengan "Alhamdulillah". Ya. Ianya lebih baik.

3. Masalah
Dah lama saya tak guna istilah ini. Setiap kali kata-kata ini berlegar di kepala ketika perbincangan/mesyuarat, saya akan terus sebut "Cabaran kita kali ini ialah....."

4. Isu
Satu lagi istilah purba saya. Dah tak prefer untuk menggunakannya. Setiap kali perkataan ini mula menampakkan diri dalam minda, mulut saya akan terus berbunyi, "Perkara yang kita kena selesaikan sekarang ialah..."

Setakat ini, itu sahaja. Pendapat masing-masing, preferences masing-masing. Hormati perbezaan pendapat kita :)

Bagaimana pula dengan anda? Apa perkataan yang kini anda sudah mula aware?

No comments:

Post a Comment

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts