Tuesday, 31 May 2016

My PLF Mastery Story, Since 20th August 2014

20 Ogos 2015.

Hari ini genap setahun saya bergelar Professional Learning Facilitator, at a mastery level. Mungkin bunyi nya gempak, dahsyat, when in truth, I still have a lot to learn. I could say that for me to get into that kind of level, more like a rezeki than a goal. But now, it has become a goal for me, to live up to the name.

Why? Saksikan lah....
The story of my mastery journey :)

--------------------------------


LRT yang telah selamat sampai di hadapanku itu, membuka pintunya. Sejurus selepas aku berjalan memasukinya, terus aku duduk di tempat duduk yang kosong, sambil mata tak lepas daripada membaca kertas A4 putih di tangan ku itu.

"My Learning Plan, for PLF's Audit.”

Hati agak berdebar-debar, kerana diri yang kerdil ini bakal memberi penyampaian di hadapan pegawai-pegawai Eksekutif Bank Muamalat, yang majoritinya berpangkat korporat.

Fulp! 
(Fuh + Gulp)

“PWTC”, speaker LRT itu bersuara.

LRT dah sampai lebih kurang jam 8.40. Pantas kakiku melangkah ke dewan banquet yang telah dihadiri semenjak 2 hari lepas. Hari ini hari ketiga, hari terakhir, dan bakal berlangsungnya Audit sesama staff Bank Muamalat.

Saya menumpang :D

Untuk pertama kali nya sepanjang 3 hari ini, aku sampai awal. Alhamdulillah, urusan berjalan lancar pada pagi tersebut, dan adikku sudah selamat berada dalam wad tanpa ada apa-apa scanning etc, maka aku dapat gerak awal sedikit berbanding 1-2 hari lepas.

Diringkaskan cerita, sampai la ke slot Audit tersebut. Setelah staff-staff diberi briefing mengenai pelaksanaan slot ini, maka bermula la sesi penyampaian oleh kami semua. Ada 3 group besar, dan group yang bersama dengan ku, alhamdulillah, semuanya sporting belaka.

Tiba giliran ku, perlahan sahaja aku melangkah ke hadapan ahli kumpulan ku, membelakangkan glassboard dewan itu. Lalu, loceng berbunyi…

KLING! KLING!

Aku mulakan sesi penyampaian ku pada pagi itu dengan bismillah dan salam. Kemudian terus ke sesi ice breakers ringkas, sekadar untuk mendapatkan rapport dan interactions from and among the audience.

Tahu apa saya buat? Saya bagi seorang satu kertas A4 kosong, dan minta mereka lukis satu logo/simbol yang terbayang di minda mereka. Maka, bermacam la lukisan yang muncul sesama mereka.

Selesai sesi feedback dan debrief daripada audience, aku terus perkenalkan logo ku pula di glassboard tersebut, iaitu logo PSYCHOLOGY (boleh google untuk tengok macam mana rupanya) dan terangkan serba sedikit maksud Psychology as Study of Mind (Psychos Logos) Kemudian dibetulkan oleh Tuan Rizal as Study of Soul. Oh ya. Betul la. Tersilap. Hihi.

Selesai, terus ke sesi sebenar, isi sebenar penyampaian ku.

Audiens ku ialah Pegawai Eksekutif daripada Bank Muamalat.
Rata-rata mereka berumur 30-40, dan generation gap itu memang terasa.

Tahu tak apa tajuk yang saya bawa?

Jawapannya,

TIDUR.

Yes. TIDUR. Haha. Saya bercerita mengenai konsep tidur yang membantu produktiviti seharian, dan untuk kali ini, oleh sebab tajukku lain daripada yang lain (keluar daripada norma staff lain yang banyak berkait rapat dengan Banking), maka ramai yang interested untuk mendengar perkongsian ku.

Ya. Bayangkan.

Staff Bank Muamalat.
Level Eksekutif.
Saya pula, pelajar humble.
Semua fokus pada saya.

Fulp! Memang dadah yang sangat ditagihi :P

KLING! KLING!

Alhamdulillah ya Allah! Masa telah tamat tanpa sempatku habiskan perkongsian ku. Sampaikan salah seorang staff/audiens ku meminta aku untuk menyambung secara diam-diam, ketika sesi feedback oleh Tuan Rizal mengenai para penyampai (sampai kena tegur :P)

Sampai ke feedback aku. Allah. Serius terharu. :’)
I don’t want to post it here. Too good to be posted.
Just let it be my secret for now. ^_^

In the end, alhamdulillah. 20 Ogos 2014, sah aku mendapat mastery ku dalam PLF. Syukur, saya dan seorang lagi sahabat hebat (orang luar yang menumpang program Bank Muamalat), saudara Hazim Radzi yang menyanyi-nyanyi ketika penyampaian nya. :P

"... Adakah kau lupa~"

Well. That's life. It will always find a way to give us happiness, and sadness too, depends on how we perceive it with our mind, and with our heart. Insya Allah :)

---------------------------------

Regards,

Aiman Amri,
Professional Learning Facilitator (Mastery)
Since 20th August 2014

No comments:

Post a Comment

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts