Tuesday, 31 May 2016

Mahalkan Dirimu, Wahai Lelaki! Kita Juga Perlu Jadi Mahal!


Tertarik nak kongsi satu pesanan kepada saya oleh seorang ustaz di Ireland. Beliau berkongsi mengenai perihal wang hantaran yang mahal, yang membebankan pihak lelaki.

"Kita selalu dengar kisah kahwin ini kan? Lelaki terbeban hantaran mahal, pihak perempuan minta mahal, ikut standard tahap pelajaran, jurusan dan sebagainya."

Beliau memulakan bicara pada malam itu. Kami berdua sedang berada dalam dewan makan. Suasana perempuan berbual mesra sesama mereka di dewan makan itu tidak mengganggu kami. Nampaknya, saya sendiri pun sangat fokus pada setiap bait ustaz tersebut.

Ye la. Bab kahwin kot. Mesti la fokus!

Tambahnya lagi,

"Sebenarnya kan, bab wang hantaran ini, macam kita berbisnes je." Saya yang mendengar ayatnya itu, boleh agak, beliau pasti nak guna hujah "Kahwinkan anak, bukannya jual anak."

Beliau memandang saya daripada kaca mata nya, sambil tersenyum,

"Bezanya, kita penjual, ibu bapa perempuan itu pembeli."

Huh?

Ternyata sangkaan aku meleset. "Apa maksud ustaz?" Tanganku menggaru kepala ku yang tak gatal.

"Kita kena faham. Kita yang patut mahalkan diri kita dulu sebenarnya, instead of complaining wang hantaran diminta itu mahal."

"Macam ini la. Bina diri dulu, kemudian jual diri kita pada ibu bapa si perempuan itu."

Aku berkerut kening.

"Aiman. Let's say that bila Aiman dah jumpa calon nanti, kemudian satu hari, Aiman ada peluang untuk bawa keluarga, jumpa keluarga nya. Ibu bapa si dia itu berkenan betul pada Aiman."

Hmmm. Okay. Aku try la juga bayangkan haha.

"Parents Aiman minta murahkan lagi kos hantaran, tak dapat. Ibu bapa nya nak juga mahal sebegitu. Tapi diaorang berkenan betul dah dengan Aiman. Tak jumpa dah lelaki lain yang lebih baik untuk anak perempuan mereka."

Ustaz berhenti sebentar, untuk menyuap pengat pisang itu ke mulutnya. Selepas berhenti mengunyah, beliau menyambung, "Agak-agak kan. Kalau Aiman tak mampu juga, sampai akhirnya tak jadi, parents dia nak 'lepaskan' tak Aiman?"

Aku menjawab spontan, "Tak la kot. Sebab tadi cakap awal-awal, diaorang dah berkenan sangat dah dengan saya. Kalau susah dah nak jumpa lelaki lain sebaik saya, (contoh, lol. Saya tergelak time sebut ayat ini) maka dorang takkan nak lepas punya lah."

THAT'S IT!

"Faham dah apa maksud ustaz sekarang? Bina diri kita dahulu, mahalkan diri kita sebagai lelaki, kemudian jual lah sebaiknya diri kita kepada mereka. Sebab kalau orang dah nak kat kita, terutama decision maker belah sana (yang perempuan takyah cakap la, memang dia nak kat kita dah, lol), mereka mesti sanggup turunkan harga tersebut. Supaya anak dia dapat juga orang sebaik kita!"

Kami semua tersenyum lebar dengan ayat beliau. Sambil mataku memerhatikan sekeliling, dewan makan itu sudah semakin sunyi, dan sudah lewat malam. Gayanya, peserta perempuan sepasukan ramai tadi sudah mula masuk tidur.

"Mahalkan dirimu dahulu, wahai lelaki.
Kemudian jual lah diri kita kepada ibu bapa nya."

Terima kasih ustaz :)

No comments:

Post a Comment

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts