Tuesday, 31 May 2016

Kau dah Ready Ke Belum Untuk Kahwin?


"Hello?"

Telefon yang berdering itu diangkat perlahan dan diletakkan di telingaku. Kedengaran perlahan suara di hujung sana, seakan berbisik.

"Aiman. Aku nak kahwin dah 2 minggu depan."

Sunyi.

Lidahku terkelu sebentar. Peluh di dahi mengalir, seakan tidak mempedulikan kesejukan bilik yang semakin menggigit kulit.

Huh?
Oh my god. Kenapa tiba-tiba je?
Dengan siapa? Buat dekat mana?

Seribu persoalan lahir daripada lidahku. Terkejut juga. Sahabat yang saya kira, masih bermain, gatal sana sini, merenyam situ sana, tiba-tiba mesej kata nak kahwin dah.

Well, setelah 8-10 minit interrogate beliau, rupanya bermain-main. CEH! Rupanya, seorang kawan lain yang nak kahwin, beliau berhelah dengan saya.

From that discussion, saya terfikir. Agaknya, kalau betul beliau kahwin, mesti rasa pelik, dan susah nak "diterima akal." Sebab? Kekanak-kanakan itu masih terpamer, dan belum ada gaya orang yang dah ready.

Percaya atau tidak, ke"ready"an kita boleh terpamer daripada gaya kita, karisma dan persepsi orang terhadap kita. Saya teringat ada seorang senior saya dahulu di MIAT pernah cakap,

"Aiman belum tunang kan?"

"Err. Belum. Kenapa akak cakap macam tu?"

"Orang yang dah bertunang, dia ada gaya. Kita boleh nampak."

"Hmm.. Menarik tu. Nampak, as in, style dia eh? Daripada segi gaya bercakap, pemikiran etc?"

"Yup. Berbeza dengan orang single, memang ada beza. Akak pun tak tahu macam mana nak cakap."

Perbualan kami lebih panjang, tetapi itu lah yang diringkaskan dan diambil intipati. Betul beliau cakap. Entah macam mana nak explain, tetapi memang ada beza gaya orang yang dah ready atau yang belum, yang dah tunang atau belum.

Namun bukan lah ultimate theory. Ini hanyalah sekadar general pandangan, dan sekadar ikut pengalaman. Lain orang, lain perspepsi, lain sisi pandangan. Yang penting, respect-Lah.

:)

"Hahaha. Rileks la Aiman. Betul la aku cakap kan? Nak kahwin dah 2 minggu lain. Tapi aku tak sebut pun aku. Hahaha!"

"Fine. Helah tak boleh bla. But tak mengapa. Aku still aminkan."

Perbualan kami dalam telefon itu tamat di situ, dan saya pun menyambung tidur petang tersebut. Zzzzz..

No comments:

Post a Comment

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts