Tuesday, 31 May 2016

Kahwin Dan Tin Besi - Siapa Kahwin Dulu?

"Doakan saya, bakal bernikah sekejap lagi."

Seusai solat Jumaat tadi, telefonku bergetar, dan mesej ini masuk ke WhatsApp group. Masya Allah! Terlupa pula hari ini 25 September! Kegirangan di hati tak dapat dikawal lagi, memang sepanjang hari asyik tersenyum sahaja.

Ya lah. Seorang senior ku ketika 1st year dahulu, yang sangat ku hormati lagi sayangi dabedabedu, kini bakal mendirikan rumah tangga. Rasanya saat saya menulis ini, beliau sudah pun selamat diijbakabulkan, alhamdulillah..

Menarik betul bila lihat sahabat yang berkahwin. Kenapa tajuk kali ini, berkaitan TIN ? Sebabnya, tin itu, apabila diketuk, berbunyi. TANG! TANG! Tin yang kosong, lagi lah kuat bunyi nya!

Entah kenapa, pattern yang diperhatikan, insan yang bingit bercerita mengenai Baitul Muslim ini, biasanya tak lah laju mana pun kahwin. Biasa sahaja. Yang diam-diam ubi berisi, senyap-senyap malu-malu di sebalik tirai, mereka ini la yang biasanya LAJU sahaja kahwin! Haha!

Buktinya? Tengok saya la! Bising pasal Baitul Muslim sejak UniKL MIAT lagi. Kahwin nya tak pun lagi! Hahaha. Anyway :

1. Bercerita pasal BM tak semestinya gatal nak kahwin. Sebenarnya, yang fikir nak kahwin ini la yang tak gatal, sebab dia pandang isu ini secara pandangan halal dan legal sense of way!

2. Ianya bergantung cara pandang kita pada topik itu. Pandang sebagai percintaan dating semata-mata, itu gatal namanya. Pandang cara matang, berkenaan kerjaya dan perancangan kewangan selepas itu? Lain pula hasilnya. Like I said, the most important thing in any issue, is HOW WE PERCEIVE IT.

3. Hati-hati dengan kawan yang senyap dan pendiam bab BM ini. Mereka biasanya yang lebih berbisa!


p/s :
Pangkah itu tanda yang sudah setel kahwin. Pangkah putih, beliau lah yang kahwin malam ini di Malaysia. Doakan agar beliau dan zaujah diberi sebanyak-banyak keberkatan, insya Allah! :D Doakan juga kami yang bujang ini, menunggu X merah di muka kami :P

No comments:

Post a Comment

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts