Tuesday, 31 May 2016

Err.. Sorry, Nama Apa Dah? Psikologi Menghafal Nama Manusia


"Sorry. Nama apa eh?"
"Jap aku lupa nama ko."
"Hmmm.. Aku ingat muka dia, tapi nama lupa dah."

Pernah tak berada dalam situasi ini? Terjumpa orang yang kita kenal, tetapi kita lupa namanya apa. Wajahnya kita ingat, namun samar-samar dalam ingatan, apakah nama panggilannya.

Dalam Psikologi, benda ini dipanggil 'The Baker Effect'. Yes, baker, as in tukang buat pastri/kek etc. Penjelasannya begini.

Otak kita, tak boleh relate nama dengan orangnya. It just doesn't make sense. Minda kita biasanya akan relate something dengan something. Contohnya, ada kawan kita, tukang buat kek / baker nama dia Syukri (contoh).

Bila kita sebut Syukri, minda kita tak ada penjelasan untuk relatekan istilah Syukri dengan siapa dia. Tetapi apabila disebut Baker, minda kita automatik akan terbayang seseorang yang buat kek.

See what I mean?

Sebab itu, ramai orang ada cabaran untuk mengingati nama orang lain, especially dengan orang yang dah lama tak jumpa. Termasuk lah saya -.-'

Saya akui, saya memang ada cabaran ini.

Faktor kedua perkara ini berlaku juga ialah kerana mental image kita lebih 'nampak' pada perkara-perkara visual. (saya bagi contoh di bawah)

---

Baru-baru ini saya ke jamuan Raya MIAT. Raaaamai sangat orang kenal saya, tegur "Aiman Amri, lama tak jumpa" etc. Untuk saya, jujurnya saya memang tak ingat dah nama mereka apa.

Tetapi, saya kenal mereka. Setiap seorang yang saya jumpa, saya mampu untuk ingat balik first time kami kenal kat mana, majlis apa, suasana bagaimana.

Saya bagi contoh.

Ada seorang junior MIAT tegur saya. Beliau kenal saya. Sedang kami berbual, sayangnya saya tak mampu nak ingat namanya. TETAPI. Saya ingat sangat-sangat macam mana kami kenal.

Saya ingat. Kenal dia ketika orientasi di dewan biru MPH.
Saya ingat. Ketika itu komiti berpakaian hijau.
Saya ingat sangat. Kami berjumpa di hadapan pentas kayu coklat.

Yes. That detail. Perasan tak, istilah "dewan biru", "baju hijau", "pentas coklat". Begitu lah minda, di situ la kekuatan memori saya. Sayangnya, kerana Baker Effect, saya gagal untuk menghafal nama mereka. Maaf :(

Kesimpulannya, yang terbaik sudah pasti bila kita tahu nama orang, seperti mana kita suka bila orang tahu nama kita. Namun, jangan terasa sekiranya ini terjadi pada orang lain (dia tak ingat nama kita)

Setiap kali ianya berlaku, terus cakap padanya,

"Awak dah terkena Baker Effect!"

^_^

No comments:

Post a Comment

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts