Tuesday, 31 May 2016

Antara Bawang Merah Dan Walimah


Baru sahaja siap memasak makan malam. Pertama kali memasak sejak pulang ke UK minggu ini. Sambil memasak memotong bawang etc, telinga tak lupa untuk mendengar sesuatu. Lagu, ceramah atau apa sahaja.

Untuk kali ini, mendengar slot IKIM, Bicara Muamalat oleh Ustaz Zaharuddin, rakaman 23 November 2011 dahulu. Topik kali ini, Mas Kahwin. Banyak saya belajar, jadi nak kongsi dengan anda juga :)

Banyak dikongsikan, namun part paling memberi kesan kepada saya ialah, asal usul hadis Rasulullah SAW mengenai buatlah walimah walaupun sembelih seekor kambing.

================

Selepas peristiwa hijrah ke Madinah, Abdul Rahman bin Auf ditawarkan oleh kaum Ansar di sana, untuk memilih isteri mereka dan harta. Namun Abdul Rahman menolak, minta dibawakan ke pasar. Dengan modal yang dibawanya daripada Mekah, beliau akhirnya dapat berniaga dan menjadi usahawan yang kaya.

Pada satu ketika, Abdul Rahman kembali datang berjumpa Rasulullah. Rasulullah cakap Abdul Rahman dah nampak lain. Abdul Rahman pun jawab, sebab dia baru lepas kahwin. Ye la, orang baru lepas kahwin ini, lebih ceria, lebih gembira dan sebagainya.

Saat ini lah, keluarnya ayat Rasulullah, berpesan kepada Abdul Rahman untuk buat lah walimatul urus, walaupun dengan sembelih seekor kambing/kibash.

Ya. Daripada kisah ini, ada 3 perkara kita dapat belajar :

1. Walimatul urus bukan lah satu rukun nikah, tetapi amat digalakkan dibuat, bergantung pada kemampuan pengantin tersebut.

2. Rasulullah berpesan perkara ini kepada pengantinnya, iaitu Abdul Rahman bin Auf, bukan kepada ibu bapa nya. Maka dalam ini, UZAR berpendapat, kos walimatul urus perlu dibuat dan ditanggung oleh si anak, bukan ibu bapa. Tetapi sekiranya ibu bapa offer untuk tanggung sedikit, tiada masalah.

3. Walimatul urus sepatutnya ditanggung oleh pengantin belah nya. Iaitu, bukan lah keluarga perempuan meminta hantaran tinggi, supaya boleh guna untuk kos walimatul urus. Belah lelaki, lelaki tanggung. Belah perempuan, perempuan tanggung.

Insya Allah. Itu sahaja setakat ini. Banyak lagi nak kongsi, tetapi tak nak post jadi terlalu panjang. Korang bukan baca sampai habis pun. :P

Nak tambah/betulkan, silakan.

p/s :
Satu point menarik ustaz tadi ialah, perempuan yang mengutamakan akhlak dan iman sebagai nilai harga diri nya itu, jauh lebih baik daripada menjadikan harta, tahap pendidikan atau sebagainya sebagai kayu ukur harga diri dalam hal perkahwinan.

No comments:

Post a Comment

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts