Tuesday, 31 May 2016

Anak Ko Berapa A? Keputusan vs Kepuasan

Ada satu hari itu, seorang sahabat saya baru habis conduct satu program. Dia jadi ketua modul program tersebut. 2 hari juga program nya, siang malam. Selepas habis program tersebut, saya mesej nya personally di WhatsApp. Sekadar bertanya khabar dan mengenai programnya.

Sepanjang perbualan kami (text), di awalnya, beliau banyak memfokuskan pada "tunggu feedback nanti." Iaitu fokus minda kepada external factors. Feedback itu bagus, namun yang saya cari dalam dirinya itu, ialah INNER SELF nya sendiri.

Lalu saya pun mula bertanya mengenai soalan-soalan berbentuk dalaman. 

Bagaimana perasaan lepas habis program?
Puas tak bila modul berjalan lancar?
Perancangan sebelum dan semasa program awesome tak?
Seronok tak? Belajar banyak tak?

Lagi dan lagi. Tujuannya satu sahaja, iaitu mahu fokus pada FEEL & SATISFACTION. Apabila hati fokus pada foundation kepuasan itu sendiri, baru la kita lebih bersedia untuk melihat pandangan luar, perspektif orang lain. Pendek kata, kita fokus usaha dulu, baru fokus result.

Betul tak?

Beberapa bulan lalu merupakan hari keluarnya result UPSR. Saya yakin, ramai anak-anak yang dapat banyak A, tak dilupakan ada yang mendapat sikit. Sebagai seorang anak, penghargaan ke atas usaha kerasnya itu yang perlu dihargai, dan bukan solely pada keputusannya.

Puas tak belajar? Seronok?
Ilmu tu lekat tak kat minda? Bermanfaat?
Lega tak, sebab dah usaha sehabis baik?

Lebih awal kita mencapai SELF-ACTUALISATION (SA) lebih awal, lebih baik. Ya, saya tidak berpegang pada mazhab yang SA itu dicapai pada penghujung setelah semua "makanan" dipenuhi.

Untuk ibu bapa, hargai lah usaha anak-anak. Apabila mereka mendapat keputusan begitu dan begitu, hargai lah mereka. Jika sekiranya ianya memang sebab mereka tak usaha habisan, marah lah kerana kurangnya usaha, bukan marah kerana kurangnya A.

:)


p/s :
Ustaz Mohamad Ridhauddin​ dan Kak Nur Arfah​. Pinjam gambar anak-anak. Sebab gambar anak-anak saya tak tangkap lagi. :P

No comments:

Post a Comment

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts