Tuesday, 31 May 2016

Akak, Ada Tips Untuk Jaga Hati Tak?

Dalam 2-3 jam petang tadi, saya menghabiskan masa dengan membersihkan Google Contact. Sambil meneliti setiap contact tersebut, satu persatu saya membaca nama-nama yang ada. Sedikit sebanyak, menimbulkan nostalgia bersama mereka ini. Maka agak ramai juga yang saya tiba-tiba contact out of the blue, dan bertanya khabar.


Nak dijadikan cerita, ada seorang yang saya contact, selepas bertanya khabar, saya meminta tips Baitul Muslim daripadanya. Ya, sekadar mahu menuntut ilmu daripada mereka yang ada pengalaman.

Selepas bertegur sapa, saya terus pada point sebenar perbualan. Tips yang saya minta ialah,

"Tips menjaga hati apabila sudah ada ikatan kelak."

Jawapan daripada beliau sangat ringkas, tetapi sangat padat dan deep. Memang deep. Saya kongsikan kepada anda untuk pembelajaran bersama.

  1. Apa-apa yang kita buat sebelum kahwin (dalam proses pertunangan atau sebelum lagi), akan memberi kesan setelah kita berkahwin kelak. Sekiranya hati kita ajak perkara yang tak patut, tak menjaga batas pergaulan, maka redha Allah pun semakin kurang.
  2. Apabila berumah tangga kelak, pelbagai masalah akan timbul disebabkan awal-awal sudah bermula dalam murka Allah. Nanti, akan beri kesan kepada suami/isteri kita, anak-anak kita pula, nauzubillah..
  3. Kadang-kadang orang akan kata, "ala benda kecil je", "bukannya jumpa pun", "bukannya call pun" etc. Tetapi, kita perlu ingat, perkara kecil ini la yang membuatkan hati kita jadi keras. Time itu, syaitan dah berjaya. Sementara hati kita boleh "merasa" sesuatu, hargailah.
  4. Takut-takut satu hari nanti, apabila hati sudah keras, maka kita sudah tak rasa apa-apa, sudah lali dengan dosa. Ketika itu, hati kita sudah tak berguna untuk pandu kita ke arah yang betul.
"Prevention is better than cure", beliau mengakhiri perbualan tersebut.

Allahu. Terima kasih akak. Saya kongsikan tips ini kepada sahabat-sahabat juga. Semoga bermanfaat, insya Allah.

Prevention is better than cure..

Terngiang-ngiang lagi ayat tersebut dalam minda saya.
She's absolutely right.

No comments:

Post a Comment

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts