Tuesday, 31 May 2016

Aimana Boleh Hidup Tanpa You!


"Aiman. Banyak betul pickup lines ko. Aku bagi 9/10!"

Komen daripada seorang sahabat Liverpool itu kedengaran di ruang tamu rumah tersebut. Cuaca di luar masih seperti biasa, berangin dan gelap gelita. Sudah lewat malam nampaknya.

"Hehe. Pick up lines best kot. Membina kreativiti untuk otak kita. Kita akan usaha kaitkan semua benda untuk ke arah matlamat mem-pickup," jawabku ringkas.

Suasana malam tersebut agak santai. Saya dan beberapa sahabat lain berkumpul di Rak-Padang (baca : Sheffield. Get it? :P ). Keesokannya ada Sheffield Malaysian Games, salah satu event besar di UK ini.

Aku tambah lagi, "Tapi kan, pick up lines, aku buat dengan lelaki je tau. Aku tak buat pada perempuan." Semua memandangku.

"Korang tahu kenapa?"

"Sebab ko pemalu? Lol!" Usik salah seorang sahabat di sebelah ku itu. Otot lengannya berkerut-kerut ketika dia ketawa. "Bukanlah huish.. Sebenarnya sebab isu ikhtilat."

Jawabku ringkas.

Tak dinafikan, pick up lines itu sangat best dan kelakar andai tepat pada caranya. Namun saya kurang gemar untuk gunakannya pada seorang perempuan yang belum halal untuk diri ini. Ya, saya tahu the reason of pick up lines itself is to be used towards them.

However, saya tetap dengan pendirian saya.

The only one that I will use pick up lines with, will be only among men (for now). Kalau perempuan pun, kemungkinan besar ianya kepada adik-kakak saya sendiri. Period.

Bayangkanlah kita berada di tempat mereka.

Seorang lelaki yang bukan suami menggunakan ayat sebegitu kepada kita, sehingga boleh menyebabkan kita termalu sendirian. Pick up lines ini gunanya untuk mengurat, maka ianya sama sahaja konsep seperti "Phewwwiiitt" bila nampak seorang gadis lalu.

And it goes both ways. Women to men as well.

Lain orang, lain pendapatnya. This is my principle, and you are free to disagree. I do not have control over your thought
^_^

"Kesian bini ko nanti, man." Salah seorang sahabatku tadi bersuara. Sejak daripada tadi beliau hanya mendengar sahaja perbualan kami sambil turut ketawa bersama.

"Kenapa?" Aku menyoal kembali.

"Ko dah la suka buat lawak lame/hambar, sekali dengan unlimited pick up lines, pergh! I can only imagine. Poor lady!"

Habis malam tersebut kami ketawa panjang-panjang.

Come on, aku romantik kot!

No comments:

Post a Comment

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts