Tuesday, 5 May 2015

War Against Our Soul : A Sad And Scary Reality


"Aiman. Ada baca tak berita terbaru tu? Ni ha.."

Sedang saya khusyuk menonton Naruto Shippuden sambil makan sosej halal itu, seorang sahabat menegur saya. Dia menyerahkan laptop nya kepada saya, yang sudah siap loading sebuah laman web berita. Agak terkejut saya membaca setiap patah perkataan di laman web tersebut. Terkelu.

"Cerita betul ke tak? Sahih?"

Sayangnya, sahabat saya itu mengangguk. Terkesima sekejap. Dalam diam, hati berfikir. Dasyat juga. Malahan, saudara seagama pula. Seriously, memang sangat terkejut. Allah!

Rasanya berita mengenai apa, tak perlu dah saya letakkan dalam artikel kali ini. Dialog di atas pula telah berlaku beberapa hari yang lepas. Awalnya, saya tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai nya. Share di FB pun tidak. Langsung zero post mengenai ini. Wall FB saya dihujani dengan status O&G, Pre Exam Syndrome, #MuhasabahSebelumTidur dan sebagainya. Tidak. Saya tak mahu viralkan lagi isu ini. Terlalu takut.

Selama beberapa hari news feed saya dipenuhi berita ini, saya menjadi silent reader. Saya hanya membaca pelbagai perspektif rakan-rakan, ibu bapa, guru-guru dan sebagainya. Masing-masing ada pendapat masing-masing, masing-masing ada bahasa masing-masing. Namun setelah berfikir dalam-dalam, saya terdetik rasa ingin menulis juga. Saya perlu.

Namun suka sekali saya ingatkan, bahawa apa yang saya bakal tulis di bawah ini, ada beberapa disclaimer yang perlu anda ambil kira, supaya tidak berlaku sebarang salah faham. Kata-kata saya mungkin bukan sempurna, dan sudah semestinya banyak cacat celanya. Namun apa yang saya hanya mampu harapkan sangat-sangat, sekurang-kurangnya mesej yang saya nak sampaikan itu, tersampai. Pendek kata, asalkan tidak berlaku salah faham daripada isi hati saya, cukup lah. That's more than enough.

"Ya Rabbku, lapangkanlah untukku dadaku,
dan mudahkanlah untukku urusanku,
dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku,
supaya mereka mengerti perkataanku”

Surah Taha : 25 - 28

Dengan lafaz bismillah, dengan jari saya yang masih terketar-ketar nak menulis mengenai ini, terima lah. Sekadar pandangan marhaen, orang yang masih banyak perlu belajar, dan sudah semestinya, sebagai insan yang mahu memberi sedikit sebanyak inspirasi kepada pembacanya. Wallahualam.

------------------------------


Disclaimer :

1. Saya bukan back up sesiapa, mahupun menyalahkan sesiapa. Sudah semestinya, yang salah tetap salah. Tiada kompromi. Jadi tidak timbul isu yang kata bahawa saya pertahan seseorang, mahupun saya bermain blame game.

2. Saya bukan lah seorang ustaz, murabbi, atau menteri. Maka jawapan saya pun, sudah semestinya bukan berdasarkan dalil atau sebagainya. Namun, saya mampu memberikan pandangan sebagai seorang pemuda yang hidup dalam generasi dunia di hujung jari.

3. Artikel ini, 100% hanya pandangan sendiri. Ya, memang akan ada saya petik daripada beberapa video, artikel lain, kata-kata atau sebagainya. Itu sebagai penguat hujah. Namun in the end, hala tuju artikel ini, ialah 100% pandangan peribadi saya.

4. Saya tiada anak. Oleh itu, pandangan saya sudah semestinya, tidak akan selari dengan pandangan seorang ayah. Namun, saya boleh kata, pandangan saya, sebagai seorang anak, lebih-lebih lagi pandangan sebagai seorang remaja, yang membesar dalam dunia digital.

5. Artikel ini bukan mahu memfokuskan mengenai berita tersebut, namun kepada perkara dasarnya. Pendek kata, berita yang 'sensasi' itu hanya lah trigger, dan bersifat ranting. Artikel saya ini, merujuk pada isu akar nya kembali. Bagi sesiapa yang mengharapkan tulisan saya ini berkenaan dengan berita tersebut, anda tidak akan dapat hasilnya di sini. Maka saya cadangkan, boleh la tekan keyboard anda pada CTRL+W.

: )

----------------------------

Bismillah. 

Assalamualaikum dan salam iman.

Semoga sahabat sekalian berada dalam keberkatan Allah dan kecintaan Rasulullah. Amin.. Sejujurnya, menulis pandangan mengenai berita sesensitif ini amatlah susah dan sukar. Setiap kata-kata bakal menjadi saksi, malahan, saya perlu mengambil jalan pertengahan, sitting on the fence, supaya tidak melukai mana-mana pihak. Baik yang daripada perspektif ibubapa, guru-guru, rakan-rakan, remaja seperjuangan, mahupun siapa sahaja.

Isu yang hangat itu, saya anggap ianya sebagai trigger kepada saya untuk menulis artikel ini. Saya tak mampu menulis berkenaan Children, apatah lagi mengenai Child Pornography. Namun saya rasa sangat-sangat nak kongsikan mengenai Pornography. It's a digital world nowadays, and pornografi bukan lah satu perkara baru dalam masyarakat kita, serata dunia sekali pun, muslim atau tidak.

Saya berani katakan, bahana pronografi ini bukan lagi perkara asing, walaupun dalam kalangan muslim sekalipun. Jangan ingat perkara ini hanya terletak pada mereka yang 'jahat' je, tapi dalam kalangan kaki surau, hafiz hafizah, ustaz ustazah. Sad truth isn't it? Unfortunately, it's a fact. Everyone is fighting inside themselves. Plus, it's not an easy fight, and it's continuous.

Everybody has their demon. Atas dasar aib, sudah tentu saya takkan sebut siapa, bagaimana tahu dan sebagainya. Namun jangan pula ingat saya nak kata semua orang terlibat sama. Because everybody has their angel too.

But please, tolong la faham ini bukan perkara baru. Ini perkara besar dan sangat berbahaya kerana ianya tak berlaku secara open. Berlaku di belakang pandangan kita, dan mereka yang menjadi 'mangsa' ini, kita tak nafikan, memang sangat-sangat bencikan perkara tersebut.

Puas sudah bertaubat, namun akhirnya jatuh kembali. Bertaubat lagi untuk beberapa hari, terlibat lagi. Dan lagi. Dan lagi. Cycle yang tak berhenti sehingga mati. Porn will violate our soul. Ianya ibarat bunga yang cantik dalam roh kita, dicantas sekoyak-koyaknya sehingga tinggal akar sahaja. Ustaz Nouman Ali Khan menerangkan mengenai ini dengan baik melalui video Porn Will Violate Your Soul ini.


1. Seriously. It's not an easy fight, but the fight must go on!

Addiction terhadap perkara sebegini amat-amat-amat sukar untuk hentikan, namun bukan mustahil. Keadaan otak kita ketika addiction terhadap pornografi, tiada bezanya dengan keadaan otak seorang yang addicted dengan dadah (sumber saya perlu cari balik journal itu)


Saya minta, bantu lah mereka yang terlibat dalam hal ini. (Kes yang latest itu, sudah mencapai a whole new level, jadi saya tujukan yang dalam general ini dahulu). Bantulah mereka, kawan-kawan yang terlibat dalam hal ini. 

I know, every night, you cried in front of Allah, asking for guidance,
to help you gain some strength to break those chains.
You were crying like there's no tomorrow, because you knew, what you did was wrong.
Very wrong. A pleasure, but at the same time, it's a sin.
It's sad of thinking how do we enjoy something that is sinful in the eyes of Allah,
and we ourselves know it too.

However, we seems not to be able to stop from enjoying from it. Right?

Allah itu Maha Penerima Taubat. Pintu taubat takkan sesekali tertutup sehingga pada kondisi tertentu. Bertaubatlah. Allah menanti taubat kita. Jika selepas bertaubat, masih lagi mengulangi kesilapan yang sama, bertaubat lah lagi. Jangan jemu untuk bertaubat, namun jemu lah dalam terus tenggelam dalam dosa. Kita tak tahu bila kita mati, maka banyakkan berdoa agar Allah tarik nyawa kita ketika saat kita dalam mode taubat itu, rather than ketika mode berdosa itu.

I know that when you look at yourselves in the mirror, you don't see your face.
You see the sin. The nur in your face is gone. It seems, dark. Right?
There's no happiness. Where is your genuine smile?

You might be smiling in front of others,
but behind, you know better than anyone else.
Allah knows. He knows. 

Trust me.

I'm not saying what you did is not wrong,
but I want to remind you back again that,
repent to Allah is not wrong too.


Okay. Cukup sekadar di situ. Mari kita lihat perspektif seterusnya.

2. Perkembangan Industri Pornografi

Industri ini bukan lagi satu rahsia dalam dunia. Malahan, mereka ini siap ada awards mereka sendiri, seperti Grammy Awards dan sebagainya. Maksudnya, ada lah penerima anugerah siapa yang paling.... Siapa yang paling..... Astaghfirullah. Industri perfileman sebegini sudah mencapai tahap official, malah berbangga pula. Fitnah akhir zaman. Kan? Apa yang kita boleh buat? Adakah kita terus menerus nak menyalahkan mereka? Benar, memang salah mereka.

However, we can't influence them!
But we can change ourselves to influence others around us.
Use that well. Start the change within ourselves.
Please?

3. Dulu 3GP, sekarang Blu Ray!

Saya teringat zaman-zaman sekolah dahulu.Video-video lucah tersebar melalui klip 3GP. Yes, I'll be honest, memang zaman remaja sekolah dahulu perkara sebegini tersebar luas. Pergi la sekolah mana sekalipun. Merata-rata student sekolah share, dengan bluetooth masing-masing. Skrin telefon yang ketika itu kecil, itu pun masih mampu menjadi tempat fitnah dan tempat memuaskan nafsu muda.

Kita tahu, zaman remaja ini zaman darah panas. Zaman memberontak, hormon pun agresif. Zaman-zaman remaja sekolah ini peringkat umur di mana kita mencari cinta dan kasih sayang daripada orang selain ibu bapa. Pendek kata, zaman mencari cinta lain jantina. Zaman cinta monyet, zaman kita nak berayat-ayat dengan student jantina lain.

Yang sekolah asrama dan sama jantina lagi la.
Fitrah boleh berubah untuk sementara waktu,
selagi mana belum habis sekolah.
Lepas habis sekolah, insya Allah, okay balik.
*iklan*

Kini, zaman smartphone, macam-macam boleh diakses. Yang dulu kualitinya 3GP, kini sudah ada size blu ray. High Definition (HD). Mungkin ada yang 3D barangkali. Wallahualam. Zaman fitnah sebegini, memang sukar untuk 'hidup'.
One must be strong on the inside, spiritually.
Sejarah didikan nafsu ini sebenarnya sudah bermula jauh melangkaui zaman lagi. Malah, Allah tayangkan ibrah sebegini melalui kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha. Bayangkan, seorang lelaki yang didatangi seorang wanita cantik, bangsawan pula. Tiada orang melihat, apatah lagi orang menangkap. Pendek kata, semua dah 'selamat', kecuali pandangan Allah.

Ya, pandangan Allah.


Namun setinggi mana iman Nabi Yusuf untuk berkata tidak? Setelah dipujuk berkali-kali oleh Zulaikha dalam godaan nya. Ingat senang kah? Bagi lelaki, saya amat-amat memahami yang betapa sukarnya dalam penjagaan mata, nafsu dan kemaluan ini. Lelaki yang dicipta mata nya 'hebat' ini, tidak asing lagi kenapa Allah turunkan arahan untuk lelaki DAHULU yang menundukkan pandangan, baru lah ayat seterusnya kepada perempuan untuk melabuhkan pakaian.

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."
An-Nur 24:30


Saya ada menulis lebih lanjut mengenai ini dalam artikel sebelum ini.

Bila mengetahui betapa dasyat dan hebatnya seorang lelaki yang mampu menolak maksiat sekiranya ditawarkan, baru lah kita benar-benar faham kenapa ada dalil, ganjaran besar mengenai ini, iaitu dalam kalangan 7 golongan yang akan mendapat naungan Allah SWT di Padang Masyar kelak.

  1. Pemimpin yang adil.
  2. Pemuda yang membesar dengan beribadah kepada Allah.
  3. Insan yang hatinya terpaut dengan masjid.
  4. Dua insan yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah. 
  5. Insan yang di ajak (di goda) oleh wanita yang berpangkat dan cantik, lalu ia berkata : ‘Sesungguhnya aku takutkan Allah’
  6. Insan yang bersedekah dengan cara yang tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang di belanjakan oleh tangan kanannya.
  7. Insan yang mengingati Allah secara bersunyian lalu menitiskan air matanya.
Tak terinspired ke?

4. Bahaya Pornografi

Pornografi ini terlalu bahaya. Ianya lebih bahaya daripada drug and alcohol addiction, kerana ianya menyerang mental seseorang. There's nothing normal with having a pleasure by yourself.
Sexual desire should be treated with love and respect, not merely for the sake of ejaculation.

Antara yang ditakuti apabila porn addiction ini berlarutan :
  1. Si penagih itu mula memandang perempuan sebagai objek seks, instead of sebagai seorang manusia. Kaca mata nya, mula berubah kepada memandang anggota badan wanita itu. Begitu juga dengan lelaki sebaliknya.
  2. Pandangan yang semakin kotor seorang penagih, akan memberi kesan kepada emosi nya. Apabila jiwa kita sudah dicemari, kita mula hilang nikmat kemanisan iman itu sendiri, dan ketenangan susah untuk dirai.
  3. Orang kata, nanti dah kahwin, stop la. Kepala henggek. Tak. Awal-awal sahaja. Nanti dah kahwin, lama-lama, akan kembali ke tabiat lama. Bayangkan pasangan kita betapa terasanya mereka, apabila kita 'prefer' pornstar di skrin daripada mereka sendiri.
  4. Nur di wajah mula menghilang. You won't feel that calmness again. There will be no light inside you, and it's hard to feel the presence of Allah in your daily routine, because you ignore the presence of Allah during 'that'.
  5. Roh kita akan mula hilang. Kita susah nak khusyuk dalam solat, kita mula rasa kosong dalam hati, malahan paling menakutkan, kita sudah mula rasa seperti robot dalam setiap ibadah kita. Kita sudah tak mampu menjiwai amalan itu :'(
  6. Paling menakutkan, mata kita bakal menjadi saksi di akhirat kelak :(


Ilusi Minda ialah sebuah gerakan yang diasaskan oleh seorang sahabat saya, yang banyak menganjurkan program-program penyucian kembali hati-hati remaja kita di sekolah-sekolah dan universiti. Boleh tengok Fan Page mereka di sini.

5. So, Apa Boleh Kita Buat? Awareness!

Apa yang kita mampu buat sekarang ialah, hanya perkara-perkara indirect. Solusi yang bersifat pencegahan. Kerana untuk merawat, bagi saya personally, sudah berada di luar bidang kita, melainkan kita memberikan bantuan, sokongan moral dan nasihat kepada mana-mana rakan kita yang terlibat sama dalam dosa Pornografi ini.

Bagi yang ada anak, didik lah mereka. Dedahkan awal-awal kepada mereka mengenai bahaya ini. Saya suka dengan perkongsian yang lengkap daripada Fan Page ini, iaitu page Parent Connect. Puan Afidah menulis lengkap mengenai ini, dalam FB itu. Boleh baca di sini, Pedofilia, Perlukah Kita Kisah?

Bagi yang ada sahabat terlibat pula, please la. Bantu lah mereka. They need us. Really really need us. Hate the sin, not the sinner.

Bagi yang diri sendiri terlibat pula, please. Remember Allah is watching. Bermain la laptop anda dalam kalangan umum seperti di ruang tamu atau sebagainya. Elakkan bersama laptop dalam keadaan bersendirian, kerana boleh menjadi 'trigger' untuk terjebak kembali. Sekiranya masih lagi terjebak, just remember that, Allah itu Maha Penerima Taubat. Remember that. Please.

And may this helps to Purify Your Gaze (click it)

Antara yang boleh dibuat untuk berhenti daripada tabiat keji ini :

  • Seringkali menggunakan komputer di ruangan terbuka, supaya tak terjebak lagi sekali.
  • Elakkan selalu berseorangan, especially bila depan gajet. Berseorangan ini bahaya. Kita mula rasa macam kita boleh buat apa sahaja, walaupun sekeji mana.
  • Banyakkan membaca Quran dan menghafal. Insya Allah, hati lebih bersih dan serba salah nak terlibat lagi dengan tabiat itu.
  • Menundukkan pandangan apabila berhadapan anggota lain jantina di depan mata. Percayalah, apabila kita tundukkan pandangan daripada memandangn anggota-anggota tersebut, kemanisan iman dapat dicapai beberapa saat selepas itu. Nak solat lepas itu pun, akan lebih 'feel'.
  • Isikan masa anda dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat. Busy kan diri. Biar kita sibuk dengan perkara kebaikan, sehingga kita penat untuk berbuat mungkar.
Insya Allah. Niat baik, Allah akan bantu :)

6. Save Our Youth. Hm ?

Baru-baru ini ada satu Fan Page di FB yang menjadi viral, kerana dibuat kononnya untuk back up si culprit dalam berita baru-baru ini. Nama page itu ialah Save Our Youth, namun malangnya telah didelete dan sudah tidak ada dalam FB. Saya sempat baca semua post mereka semalam.

Melalui post-post mereka, diceritakan si Culprit itu terlibat dengan isu tersebut, kerana isu depression, dan dikaitkan dengan loneliness dan winter season. Well, saya tak boleh kata saya bersetuju 100% dengan penjelasan berkenaan, pada masa yang sama, saya juga tak boleh menolak 100%. So untuk hal ini, saya memilih untuk tidak memilih. Not taking a choice is also a choice.

Namun begitu (eh ada namun), rasanya saya faham tujuan page itu dibuat. Page itu dikatakan 'membela' beliau, dengan post-post yang defense nama beliau. Nama page itu ialah Save Our Youth, bukan Save Our Nor***. Saya berpendapat, page tersebut lebih bersifat memandang secara remaja kita sendiri.

Mungkin, yes, ada beberapa point mereka, saya juga tidak bersetuju. Namun, usaha sebenar secara general itu memang patut. Memang patut kita save our youth. Dunia yang semakin menghampiri akhir zaman ini, macam-macam ada fitnahnya. And sadly, our youth are among that too. :(

Oleh itu, SAYA MENYOKONG SAVE OUR YOUTH
(bukan nama khas merujuk page itu, tapi sebagai kata kerja)

7. Specifically Isu Pedofilia

Haaa.. Akhirnya. Baru la masuk sikit berkenaan dengan isu sesama tersebut. Untuk hal ini, oleh sebab saya bukan orang terbaik untuk memberi pandangan mengenai nya, saya hanya mampu bagi pendapat peribadi, dan bukan pendapat orang-orang hebat. Iaitu, ini lah realiti. Mungkin kita boleh katakan bahawa ini kes 1 dalam seribu. Namun yakin ke ini sememang nya 1 dalam 1000? Mana tahu, ini hanya yang tertangkap, tak kira yang tak ditangkap lagi! Allah!

Berkenaan ini, saya sangat-sangat bersetuju dengan pendapat Puan Afidah, sekali lagi, dalam post beliau dalam page Parents Connect, artikel Pedofilia, Perlukah Kita Kisah?

Untuk bacaan lebih lanjut mengenai Sexual Offences Guideline, Section Six.

Sedikit bacaan mengenai perspektif Pedofilia, by Luke Malone.

Untuk kes saudara Nor*** itu, pandangan peribadi saya, saya memilih untuk tak mengeji lebih-lebih. Saya prefer untuk doakan supaya dia diberi hidayah oleh Allah untuk bertaubat sepenuh-penuh hati. Mungkin ada orang akan cakap,

"Alaaa, bukan anak kau, boleh la!"


Well, tak salah saya nak doakan kan? Saya doakan, tak bermakna saya backup/sokong/tak marah dia. And if being parents means that we have to keji kutuk someone yang berbuat onar pada anak kita, then I'll be happy to be an 'unfit' parent, based on that 'parenting concept'.

Period.

---------------------------

Penutup. Hm. Sebenarnya points saya tak lah hebat mana pun. Kan? Ianya lebih kepada luahan hati dan perkongsian cerita-cerita orang. Pendek kata, there's nothing special in it. But it is to me. Saya mengambil masa yang agak lama untuk decide sama ada nak tulis atas tidak, dan bila saya decide nak tulis, saya ambil masa yang lama juga untuk taip semua ini.
Porn addiction should not be treated, because it's not a disease. It's a lust. So what can we do? FIGHT IT!
Islam tak melarang lust, asalkan dengan cara yang betul, iaitu melalui jalan halal perkahwinan. Namun diingatkan juga, kahwin bukan lah semata-mata pemuas nafsu, tetapi ianya sebagai jalan cinta dan tanggungjawab yang datang seiring sekali. Well, nak cerita pasal kahwin, kena artikel lain la pula, kan? :)

Nak faham bab cinta, kena la tengok video saya dan sahabat saya, Izzat ber-vlogging ini! ^_^


Just remember that, fighting against our nafsu, satu mujahadah juga. It's one of the many war that we need to participate with. Allah is watching each of our intention and action, so FIGHT for our soul! Never give up! Because it's every young man's battle.

Aiman Amri,
A Concerned Young Man

4 comments:

  1. Terima kasih, aiman. Perkongsian yang sangat baik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama! Terima kasih juga sebab sudi membaca nya ^_^

      Delete
  2. good sharing aiman.
    tetapi, sebagai orang yang pernah menjadi mangsa, (almost 20 years ago, ketika saya berusia 4-5 tahun), pada saya mereka ini tidak layak hidup dalam masyarakat kita.menjadikan kanak-kanak sebagai sex object, binatang pun tidak melakukan perbuatan itu.
    mangsa seperti kami tidak ada siapa yang membela, jika kami kedepan maka terbuka lah aib yg kami simpan selama ini. saya sering terfikir apalah agaknya dosa anak kecil seperti kami sehingga diuji sedemikian rupa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam.

      Sebenarnya ada orang dilahirkan memang bersifat demikian. Bukan salah dorang, sebab memang sifat dalaman dorang macam tu. Namun yang membezakan ialah mereka mampu menahan diri daripada berbuat macam tu.

      Memang ada research pasal ni, and memang betul, ada yang dilahirkan macam ni. Cuma itu la, ujian dorang lagi besar, and bagi yang tewas ini lah yang akhirnya menjadi pemangsa jahat ini.

      There's always the other side of the story, tapi tetap tak menghalalkan perbuatan dorang. Yang salah tetap salah. Semoga Allah lindungi kita dan anak-anak daripada golongan sebegini, dan beri hidayah kepada golongan tersebut.

      Amin

      Delete

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts