Friday, 6 February 2015

Naruto The Last - Kembara Merentas Kenangan

Sebelum kita bermula, awal-awal saya katakan, jangan baca post ini jika anda belum menonton filem terbaru Naruto The Last. Berhenti, post ini akan mengandungi banyak jalan cerita dan isi mengenai filem itu sendiri. Maka, saya galakkan kalau anda jenis tidak suka spoiler, jangan baca post ini. Mohon tekan Alt + F4 di keyboard laptop anda :P
SPOILER ALERT! SPOILER ALERT!
THIS POST WILL HAVE A HUGE SPOILER!
STOP READING THIS IF YOU DON'T WANT ANY SPOILER!
Wait? What do you still reading this?
No! Stahpp!!

Okay fine. Your choice!

----------------------------------------------------------------------------

Plot / Sinopsis mengikut laman sesawang mereka.

One year after the events of the Fourth Shinobi World War, the moon begins to descend towards the Earth. With the moon now a giant meteor that would destroy everything on impact, Naruto must deal with this new threat. Meanwhile, Toneri Ōtsutsuki, a descendant of Hamura Ōtsutsuki was determined to carry on his ancestor's legacy, appears and kidnaps Hanabi Hyūga after failing to seize Hinata, who attempts and fails to give Naruto a personal gift of love — a red scarf she knitted herself in remembrance of one Naruto used to wear back in the Academy — at the Rinne Festival. Naruto, Hinata, Sakura, Sai, and Shikamaru are deployed by Hokage Kakashi to go and rescue Hanabi. 

Shikamaru is also given a special clock held only by the five Kage, which apparently is counting down to doomsday. Toneri returns and Hinata joins him, much to Naruto's shock and confusion. Thus, Naruto has to save both of them, unaware that he is finally going to return Hinata's feelings. Hinata is knocked unconscious and the scarf she made is damaged. At some point, Toneri steals Hanabi's Byakugan and implants them in his own empty eye sockets, awakening the Tenseigan sealed by Hamura's descendants over the last millennium. He also succeeds in capturing Hinata, proposing her to marry him; she "accepts" his offer, which causes Naruto to fall into a deep depression after being thoroughly beaten by Toneri.

After a three day recovery process, Naruto wakes up and sees Sakura severely weakened due to saving his life. Sakura talks with Naruto and helps him realise that Hinata truly loves him. With new-found strength, Naruto leads the charge into Toneri's moon base. Meanwhile, in Toneri's palace, Toneri asks that Hinata craft a red scarf for him, similar to the one she made for Naruto. Hinata, however, uses this as a chance to attempt to destroy the Tenseigan. Fighting her way through many of Toneri's puppets, she meets Hamura, who transfers his power to Hinata so she could destroy the Tenseigan Altar. Toneri catches her, encasing her in a huge bird cage, and destroying the scarf she knitted for him. Naruto's team finally catches up and a massive attack on Toneri's palace begins. The team splits and Sai and Shikamaru rescue Hanabi, whose eyes are bandaged. Toneri, however, has managed to unlock the Tenseigan sealed by his clan over the last thousand years, unlocking the Tenseigan Chakra Mode, which gives him enough power to slice the moon in half.

Naruto similarly enters Nine-Tails Chakra Mode, and a huge duel ensues. Near the end, Naruto grasps the last remaining shred of the scarf Hinata had originally made for him and seemingly redirects and channels his chakra shroud into his left hand to block Toneri's attack which was enough to break through and by holding the scrap in his right fist he delivers a devastating punch, which is enough to depower Toneri and pin him against a wall. Hinata uses this chance to retrieve Hanabi's Byakugan. Eventually, Naruto manages to defeat Toneri, stop the moon from falling, and save Hinata. Naruto then confesses his love for Hinata and the two kiss. The movie ends with a series of flash-forwards of Naruto and Hinata's wedding and their children, Boruto and Himawari.

Movie Naruto The Last (NTL) kali ini amat-amat memberi kesan yang mendalam dalam hati bagi peminat kisah Naruto ini. Saya sendiri pun merasa sebak dan sayu apabila movie ini bermula, terutama pada awal movie, saat skrin menunjukkan logo movie,
Logo ini amat memberi kesan sebab perkataan THE LAST itu. Sedih wei! Naruto dah habis, dan ini movie last nya :(
Untuk review movie Naruto The Last kali ini, saya bahagikan kepada 7 seksyen penting :
  1. Muzik yang amat menyentuh memori penonton
  2. Kisah percintaan antara hero dan heroin
  3. Jalan cerita yang EPIC
  4. Pemilihan timing movie ini berlaku
  5. Simbolik yang digunakan sepanjang scene
  6. Konsep hero dalam movie terakhir kali ini
  7. Naruto sebagai dai'e, seperti biasa :)

---------------------------------------------------------------------
1. Penggunaan Muzik yang amat tepat dan menyentuh memori


Sepanjang movie ini berlangsung, penggunaan muzik yang digunakan sangat best dan menyentuh memori lama. Kenapa memori? Sebabnya, muzik yang digunakan itu, muzik sama seperti Naruto sebelum ini, cuma berbeza pembawakan. Maksudnya kali ini, guna violin, piano dan sebagainya, namun masih lagi lagu yang sama, rentak yang lebih sedih. Well, sudah tentu lah muzik sebegini meremangkan bulu roma saya! Sehingga kini pun, apabila saya mendengar, masih meremang. Sebab terlalu sedih, nostalgia! 15 tahun Naruto berlalu, dan akhirnya saya perlu terima kenyataan yang Naruto telah TAMAT. Ya, telah TAMAT!

Antara muzik yang saya maksudkan, ialah (boleh klik nama lagu itu) :

Naruto The Last, Main Theme - Muzik permulaan cerita (ketika scene awal, sejarah ringkas Shinobi, bermula daripada pokok Chakra, Kaguya Otsutsuki, Sage of Six Path, sehingga ke zaman Naruto dan Sasuke)

Naruto The Last,  Lunar Eclipse - Muzik seperti Naruto Shippuden, iaitu ketika scene 5 Kage di medan perang Ninja World War dengan Obito & Madara

dan ada beberapa lagi :)

Antara yang menarik lagi, adalah ketika scene di hujung plot, iaitu ketika Naruto berjaya mengalahkan Toneri, menggunakan soundtrack Naruto yang amat cliche dan typical, sudah brand Naruto setiap kali kalahkan lawan, bangun daripada kecederaan dan tak kan sesekali give up. Tahu tak lagu yang mana satu? Ini dia :

Naruto OST The Raising Fighting Spirit, digunakan kembali tetapi dalam bentuk yang lain rentak, nada dan sebagainya. Bagi saya? Pilihan yang bijak, terutama bagi memikat memori penonton Anime Naruto. Bagi yang seringkali menonton Anime nya seperti saya, muzik ini sudah melekat di kepala, dan dengan penggunaan muzik itu, berjaya meng'hidup'kan kembali identiti Anime Naruto itu sendiri :)

Untuk pengetahuan, psikologi muzik ini sangat hebat. Kalau kita asyik dengar certain lagu ini berulang kali, atau untuk masa yang lama, contohnya setiap kali nak tidur, atau ketika perjalanan ke kelas setiap hari, lama-lama apabila kita dan tinggalkan, suatu hari nanti kita dengar balik, percayalah. Memori suasana yang kita alamai setiap hari ketika mendengar lagu itu akan muncul balik. I know it, because I felt it before ^_^

---------------------------------------------------------------------
2. Kisah Percintaan Yang Di Tunggu-Tunggu


Movie kali ini lain sedikit. Biasanya, seperti movie Naruto dan Naruto Shipuuden sebelum ini, belum ada lagi kisah percintaan dimasukkan dalam nya. Masuk sedikit, ada lah. Seperti filem sebelum ini, ada cinta, tetapi bukan direct kepada cinta antara dua jantina, seperti Naruto The Last, banyak fokus pada cinta Naruto dan Hinata (yang ditunggu-tunggu). Seperti sebelum ini,


1. Naruto the Movie: Ninja Clash in the Land of Snow 
Cinta antara Snow Princess dan ayah nya, lebih kepada ayah dan anak, terutama ketika scene ayah nya menyuruh Snow Princess (ketika kecil) berdiri di hadapan cermin, dan bertanya, "What do you see." Akhirnya, scene itu ditayangkan semula pada akhir cerita, di Heat Generator Snow country itu :)

2. Naruto the Movie: Legend of the Stone of Gelel 
'Cinta' atau bromance antara dua sahabat, Naruto dan Temujin, yang membawa kepada sacrifice Temujin untuk selamatkan negara itu (walaupun akhirnya Naruto datang balik, selamatkan dia dan 'ajar' value of life, dengan simbolik mereka sama-sama pegang tangan daripada jatuh ke dalam black hole)

3. Naruto the Movie: Guardians of the Crescent Moon Kingdom 
Konsep cinta kali ini lebih kepada persahabatan Putera muda Michiru dengan Naruto, Sakura & Rock Lee. Kali ini, tiada Sasuke dalam cerita kerana scene nya selepas pemergian Sasuke meninggalkan Konoha, untuk bersama dengan Orochimaru si ular itu. Ceh.

Naruto Shippuden: 
1. Naruto Shippuden: the Movie 
2. Naruto Shippuden The Movie: Bonds 
3. Naruto Shippūden The Movie: Inheritors of the Will of Fire 
4. Naruto Shippuden The Movie: The Lost Tower 
5. Naruto Shippuden The Movie: Blood Prison 
6. Naruto Shippuden The Movie: Road to Ninja
7. Naruto The Last
Akhirnya, konsep cinta yang dipamerkan melalui Naruto dan Hinata, bukan lagi cinta Anak Ayah, Sahabat, cintakan Negara dan sebagainya. Well, romantik la juga. Haha. Teringat kata-kata seorang sahabat,

"Antara manusia tidak wujud cinta. Cinta hanya manusia dan Allah.
Kalau sesama manusia itu? Itu kasih sayang."

---------------------------------------------------------------------
3. Jalan Cerita yang SUPER EPIC!

Kisah movie kali ini, memfokuskan mengenai Toneri, selaku warisan kepada adik Sage of Six Path itu sendiri. Kenapa epic? Sebab waktu scene Toneri betul-betul berlawan itu, macam tengok Uchiha Obito berlawan. Badan yang sama, ada bulat-bulat hitam tu keliling badan dan sebagainya.

Agaknya, orang yang warisan darah itu, memang rupa macam itu kot? Well apa-apa pun, masih smart dan sangat best. Seriously! Yang membuatkan lagi menarik, sebab kali ini cerita yang berbentuk 'perang' antara bumi dan bulan.

Maka untuk menunjukkan konsep 'bumi' itu, memang kena dengan timing cerita ini berlaku setahun selepas Ninja World War. Melalui perang sebelum ini, shinobi-shinobi telah bersatu dan hidup dalam keadaan aman.

Maka bila berlaku perang dengan generasi bulan itu, ianya menjadi possible sebab 'tempias' perang dulu telah menyatukan rakyat shinobi itu sendiri ^_^

Sama juga kes nya seperti movie Man of Steel. Satu keputusan yang bijak apabila villain pertama movie itu adalah Commander Zod, makhluk asing daripada planet Kar-El itu sendiri.

Jadi?

Oleh sebab ianya perang antara manusia dan kaum Krypton, maka secara automatik ianya membuatkan Superman stands out among the human. Seluruh manusia sedunia secara automatik mengenali Superman, selaku penyelamat Bumi ketika itu, untuk melawan Zod.

Menarik kan? Loncatan mengejut ini perlu dalam hidup kita. Sebab itu muncul quote menarik, iaitu,

"Sometimes, we need to run before we can walk."

---------------------------------------------------------------------
4. Prologue dan Pemilihan Timeline


Bagi sesiapa yang menonton filem ini, apa yang menarik, adalah scene awal filem tersebut. Ditunjukkan sejarah ringkas Chakra Tree itu, dimakan oleh Kaguya, kemudian kepada penurunan genetik Shinobi itu kepada Sage of Six Path, iaitu Hagoromo Otsutsuki. Seterusnya pada pertempuran antara dua anak lelaki beliau, iaitu Asura dan Indra. Konflik darah kedua-dua mereka ini turun daripada generasi ke generasi, Hashirama Senju dan Madara, dan akhirnya turun kepada Naruto dan Sasuke.

Prologue itu juga menunjukkan sejarah Naruto sejak kecil, saat Kyuubi (Kurama) mula dikurung dalam badan nya, sejurus membawa kepada kejayaan Naruto bekerjasama dengan Kurama, dan akhirnya menjadi hero dunia ketika Ninja World War yang lepas.

Bagi saya, scene prologue awal ini sangat bermakna kerana menerangkan secara kasar sejarah Shinobi itu sendiri, simplify balik apa yang berlaku dalam Manga Naruto selama ini. Ianya penting, sebagai 'flashback' selama ini. Juga penting sebab ianya sangat simbolik!

Saya suka apabila prologue itu berjalan dan tamat, kemudian disambung dengan tulisan ini :



Sangat nostalgia! Tambah pula dengan mainan muzik nya yang gabungan muzik-muzik Naruto yang sebelum ini tetapi dengan rentak yang lain, nada yang lain. Allah! Memang boleh mengalir air mata dan meremang bulu roma! Tak sangka. Naruto sudah habis :'(

Seterusnya, apa yang patut dipuji dalam filem kali ini ialah, timing plot ini berlaku, iaitu setahun selepas Ninja World War, dan 6 tahun sebelum Naruto dilantik menjadi Hokage. Satu pemilihan yang cantik, kerana mood 'Hero of the World' itu masih segar (sebagaimana dilihat dalam filem ini, Naruto menjadi sangat famous dalam kalangan perempuan).

---------------------------------------------------------------------
5. Simbolik yang digunakan sepanjang filem


Permulaan filem ditunjukkan sebuah gua dan batu di dalam nya. Jika diperhatikan, bentuknya seperti bentuk mata. Gua itu sebagai mata, dan batu di dalam nya melambangkan anak mata. Awalnya, saya pun pelik kenapa? Dapat la detect, bentuk nya macam mata. Tapi kenapa?

Apabila cerita mula berjalan, sehingga ke part villain nya, baru saya faham. Pandai betul. Dia nak relate dengan Tenseigan (reincarnation eye) itu sendiri. Tenseigan adalah mata yang diwarisi daripada Hamura, iaitu adik kepada Sage of Six Path. Mata itu hanya boleh awaken daripada darah warisan Hamura, dan mata Byakugan.

Nampak tak simbolik mata itu? :)

Seterusnya, pada scene di atas bulan. saya tertarik pada satu scene, Naruto nak attack guna Rasengan dan saat itu, latar filem, menampakkan Bumi di belakang Naruto, dan Toneri pula melawan Rasengan itu dengan latar Bulan di belakang nya. Satu simbolik yang sangat mendalam, seolah-olah mempamerkan 'perang' antara Bumi dan Bulan.

Smart kan?

Terakhir, ini tak pasti la ada kaitan atau tidak. Mungkin saya je yang lebih-lebih. Iaitu pada satu scene, Naruto attack Toneri daripada bawah tanah, tangan menumbuk ke atas. Sebiji macam scene ketika Naruto mengalahkan Neji pada Chuunin exam satu ketika dahulu.
Jadi, walaupun Neji telah mati, tetapi simbolik scene ini sedikit sebanyak 'menimbulkan' kembali semangat Neji itu sendiri :')

---------------------------------------------------------------------
6. Naruto Sebagai Hero, Lagi dan Lagi


Jika dilihat pada movie sebelum ini, semuanya memerlukan Naruto sebagai Hero. Naruto sebagai pemenang kepada villain yang ada. Dia la yang akan menang akhirnya dengan Rasengan beliau. Sama ada Rasengan biasa, mahupun Rasen Shuriken. Apa-apa pun, dia lah yang akan menang akhirnya, sebagai penyelamat, sebagai hero.

Tetapi?

Untuk Naruto The Last kali ini, ditambah sedikit daripada konsep asal. Iaitu diletakkan Hinata juga sebagai salah satu watak utama. Lihatlah pada saat Naruto mengalahkan Toneri, sebelum itu juga, Naruto tak mampu untuk hancurkan Tenseigan. Plot kali ini meletakkan Naruto memerlukan Hinata sebagai partner, kerana Hinata diberi chakra untuk hancurkan itu daripada Hamura.

Interesting kan?

Nampak konsep kerjasama dan Sinergi di situ. Lebih menarik, apabila scene dia sama-sama dengan Hinata untuk attack Tenseigan itu, dengan berkongsi Chakra. Seperti scene ketika Ninja World War, dia pegang tangan Hinata :)

Selain itu juga, boleh perhatikan pada konsep yang dibawa Naruto kali ini. Jika dilihat pada awal storyline Naruto ini, dia hanyalah seorang loser yang tak lepas exam akademi sehingga 3 kali. Namun akhirnya? Perlahan-lahan dia menjadi kuat dan terkenal, daripada menyelamatkan Konoha daripada Pain, sehinggalah menyelamatkan dunia daripada Obito/Madara/Kaguya.

Yang saya cuba ketengahkan, kali ini ialah, Naruto kini telah menjadi 'perfect shinobi'.

Mungkin definisi perfect itu sudah keterlaluan, tetapi nak cakap yang Naruto dapat cover banyak part dah. Maksud saya, saya akan jelaskan di bawah. Kita tahu shinobi ada specialty masing-masing kan? Seperti mana ada yang jenis hebat Taijutsu, so short-range. Seperti Neji, Rock Lee. Ada yang hebat Long Range, seperti Temari, Tenten, Gaara. Ada juga yang jenis sensory, seperti Kiba Akamaru dengan hidung, Neji dengan Byakugan. Ada juga jenis bergerak laju, seperti Minato Yellow Flash, Gai dengan speed nya.
Naruto? Nampaknya, dia seperti sudah kuasai banyak seksyen :

- Short Range : Taijutsu Naruto mantap, pengalaman banyak. Rasengan pun short range.
- Long Range : Ada Rasen Shuriken yang boleh baling daripada jauh
- Sensory : Naruto boleh sense chakra orang, bila berada dalam Sage Mode (natural chakra)
- Chakra : Naruto ada ability untuk kongsikan chakra nya kepada orang lain
- Terbang : Sebelum ini, hanya Tsuchikage yang mampu terbang. Kini, Naruto pandai terbang, bila dapat chakra Indra melalui Sage of Six Path. Tapi sekarang dah tak dah.
- Speed : Dalam Kyuubi mode, Naruto gerak sangat laju. Malah, dia juga mula ada Shunshin No Jutsu (lihat pada episod terakhir manga, ketika dia selamatkan anak dia daripada jatuh)
- Size : Untuk berlawan dengan musuh yang mungkin bersaiz besar, atau ada panggil binatang Kuchiyose No Jutsu yang gergasi, Naruto juga mampu memanggil kaum Katak. Ataupun, dia juga boleh bertukar kepada Kyuubi Mode bersama Kurama, bersaiz besar juga :)
Nampak tak? Banyak seksyen Naruto dah cover. Dia dah fully used ^_^

---------------------------------------------------------------------
7. Naruto Sebagai Dai'e


Well, ini point terakhir saya. Iaitu Naruto sebagai pengubah hati seseorang. Menarik kan? Saya dah lama suka part ini. Sebab Naruto kekuatan dan kehebatannya bukan pada semata-mata sebab dia ada Kurama, atau sebab dia tak pernah give up. Dia juga ada satu kekuatan rahsia, iaitu kemampuan untuk mengubah hati seseorang. Bak kata Kakashi,

"Naruto has the power to change people."

Naruto mampu mengubah hati seseorang bukan kerana dia pandai bercakap. Bukan kerana dia pandai curi hati orang. Tetapi kerana dia merasai apa yang dirasai orang itu. Lalu dia berkata-kata daripada hati, supaya mesej nya sampai ke hati orang itu. Lihatlah pada sejarah lama. 

Naruto mengubah Inari yang crybaby

Inari yang asalnya ceria, setelah kehilangan ayah angkat nya, mula menjadi anti-hero. Dia juga menjadi seorang yang kuat nangis dan tak mampu nak buat apa-apa. Naruto hadir dalam hidupnya, dan secara tak langsung mengubah sifatnya kepada lebih berani bertindak, sebab Naruto juga memahami rasa sedih kehilangan. Dia juga seringkali menangis keserorangan ketika kecil, dan akhirnya dia decide untuk berhenti menangis dan masa untuk bertindak mengejar kejayaan.

Mesej itu sampai kepada Inari, sebab Naruto memahami perasaan nya :)

Naruto mengubah Zabuza yang berhati batu

Asalnya, Zabuza tidak menganggap Haku seperti teman rapat. Hanya lah sebagai 'tool', iaitu senjata nya, kerana Haku ada specialty Kekkei Genkai Ice Technique itu. Namun akhirnya, Zabuza menangis apabila Naruto terus memarahi nya kerana menganggaup Haku hanya sebagai tool, dan bukan sebagai manusia yang mengiktiraf nya.

Naruto memahami perasaan Haku, kerana dia juga menganggap Iruka-sensei itu sebagai orang pertama yang recognise dia di Konoha. :)
Naruto mengubah Gaara

Gaar asalnya seorang pembunuh yang hanya sayangkan diri nya sendiri. Namun semuanya berubah apabila Naruto hadir dalam hidupnya. Naruto mampu mengubah diri nya kerana, Naruto juga memahami perasaan keseorangan dan dianggap raksasa oleh orang sekeliling. Sebab Naruto juga merupakan jinchuuriki. Lihatlah mesej Naruto berjaya menyentuh hati Gaara yang asal nya pembunuh, sehingga kini Gaara bertekad.

Dia mengubah konsepnya yang "tidak sayangkan orang lain kecuali menyayangi diri sendiri", kini menjadi mahu melindungi orang tersayangnya, iaitu orang kampung Sand Village. Setelah melihat Naruto berusaha keras dan ada kekuatan melindungi Sakura, sebagai orang tersayang nya :)
Naruto mengubah Pain/Nagato

Nagato yang asalnya villain kepada Konoha kerana banyak membunuh rakyat dan menghancurkan kampung itu sekelip mata, akhirnya kalah kepada Naruto. Kalah perlawanan, juga kata 'mesej'. Naruto pada awalnya tidak membunuh Nagato apabila bertemu di pokok itu. Tetapi dia menuntut penjelasan, kenapa Nagato bertindak demikian.

Setelah diceritakan sejarah hidupnya, dan mesej KEAMANAN DUNIA yang mahu dibawa nya, Naruto akhirnya memaafkan dia, yang akhirnya mengejutkan Nagato (membawa kepada dia revive semua orang yang dia bunuh di Konoha)

Mesej Naruto sampai kepada Nagato kerana dia berkongsi tujuan yang sama, iaitu mahu keamanan dunia. Yang dimaksudkan beliau ada apabila kita saling memahami tindakan antara satu sama lain. Naruto buktikan nya dengan memaafkan Nagato, kerana cuba juga untuk 'memahami' tindakan Nagato itu adalah kerana kepercayaan beliau terhadap misi keamanan nya.

Naruto mengubah Sasuke

Asalnya, Naruto tak mampu mengubah Sasuke, pada perlawanan epic mereka di Valley of The End. Naruto salah memberi mesej. Dia memberitahu yang dia faham rasa keseorangan itu, namun silap. Sasuke bukan menjadi jahat sebab itu, tetapi rasa kehilangan. Which is Naruto tak mengalami nya. Naruto keseorangan sejak lahir, sebab itu mesej itu tak sampai.

Namun, Naruto memahami perasaan Sasuke apabila mendapat berita yang Jiraiya dibunuh. Saat itu la baru dia fahami apa yang Sasuke alami. That's why pada penghujung manga sekarang, Naruto akhirnya boleh 'selevel' dengan Sasuke dalam hal ini. Dan akhirnya, dia berjaya mengubah Sasuke :')

Hinata mengubah Toneri

Kali ini lain sedikit. Seperti saya katakan di atas, Naruto bukan hero keseorangan dalam ini. Jadi kali ini, sedikit kelainan apabila Hinata berjaya mengubah Toneri selepas saat kekalahannya, apabila dia memberitahu mesej sebenar Hamura, yang Toneri salah faham.

Akhirnya? Toneri kini sedar akan kesilapannya, dan akan stay di bulan untuk menebus kesalahannya. Dia malu untuk kembali ke bumi, dan meluangkan masa nya selepas itu di bulan.

---------------------------------------------------------------------
Penambahbaikan

Sebelum tutup, saya nak mencadangkan beberapa penambahbaikan yang bagi saya, perlu untuk filem ini. Satu perkara yang perlu dilontarkan. Iaitu,
  1. Teknologi dalam Naruto The Last kali ini tidak bersifat ke-shinobi-an. Seperti Ino yang ada selfie dengan Sakura (penggunaan smartphone dalam Naruto?). Malah, penggunaan meriam chakra milik Raikage juga sedikit sebanyak mempamerkan teknologi yang maju dalam kalangan ninja. Bagus lah, namun ia sedikit sebanyak seperti menghilangkan 'roh' shinobi dalam filem tersebut. Bukan lah nak cakap ninja tak boleh maju, tetapi nak cakap yang rasa tradisional seorang ninja itu sudah hilang :(
  2. Law/Hukum dunia dalam Naruto The Last kali ini agak berlainan daripada biasa. Sebelum ini, law dalam Naruto agak fix dan sentiasa menjadi kerangka utama Naruto itu. Seperti penggunaan chakra berlebihan boleh habis, atau setiap jutsu ada sistem chakra nya, dan sebagainya. Susah nah cakap, sama macam One Piece ada hukum mengenai devil fruit user itu, Harry Potter juga ada hukum nya mengenai spells dan technique wand itu. Untuk Naruto kali ini? Agak melanggar daripada hukum Naruto sebelum ini. Terlalu banyak benda yang advance, dan kurang 'keninja'an. Susah nak explain. Tak mengapa la kalau tak faham.
Kesimpulannya? Bagi saya, filem ini wajib tonton, terutama bagi peminat Naruto yang tegar. Yang sekian lama menanti filem ini, rasanya penantian ada tidak mengecewakan. Filem ini memang benar-benar menjadi pasak utama dan terakhir dalam diri seorang peminat Naruto, terutama apabila kini tiada lagi Naruto. Siri telah tamat, dan kita semua simpan dalam kenangan.

Seperti saya katakan di awal post ini, perkataan Naruto The Last itu memang tepat, muzik yang dimainkan pada tulisan itu muncul juga amat tepat. Satu nostalgia yang besar buat saya, dan takkan dilupakan hingga bila-bila :')

Rating saya? Insya Allah,

9.2 / 10

^_^

Oh ya, stay ketika credits ya? Sebab ada post credits scene.
Kehidupan Naruto dan Hinata sudah berkeluarga :)

Hinata, Naruto, Himawari, Boruto

No comments:

Post a Comment

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts