Tuesday, 13 January 2015

Whatever Happen, Kita Perlu Bersyukur..

"Kalau aku fail macam mana?"

Spontan soalan itu keluar daripada mulutnya. Stress dengan paper yang baru dihadirinya barangkali. Sejurus, salah seorang sahabatku 'memarahi' nya.

"Allah! Jangan la cakap macam tu! Fail tu melampau sangat tu."

Aku hanya menjadi pemerhati. Risau juga untuk diri sendiri, yang akan exam esok pagi. Paper pertama, subjek yang paling aku lemah, Conceptual and Historical Issues in Psychology, iaitu paper berkonsepkan falsafah/philosophy. Hmm Melihat pada suasana sebegitu, salah seorang sahabat lain pantas menyuarakan pendapatnya. Mahu berkongsi, katanya. 

"Ada kawan aku pernah cerita.. Akan ada satu masa kita rasa down sangat, rasa macam payah dan tak mampu dah. Rasa macam end of the world, takut dan sangat stress dengan sesuatu.. Well, satu benda kita kena ingat. Kita dah buat yang terbaik, usaha yang semampu boleh dah. Kita dah buat yang terbaik kan? Kita dah tunaikan hak kita, selebihnya, kita serahkan pada Allah yang tentukan.

Sebab bila kita dah buat yang terbaik, insya Allah, apa juga keputusan,
berdasarkan usaha kita dan ketentuan Allah,
dan insya Allah kita tetap puas dengan keputusan tu nanti."
T__T

A right message at a right time. Alhamdulillah.. Semoga berjaya buat semua sahabat yang akan meneruskan perjuangan masing-masing esok, termasuklah diri saya. Teringat kata-kata seorang sahabat medic saya daripada Ireland (lelaki, by the way). Katanya,

"Whatever happen, kita perlu bersyukur."

:')

No comments:

Post a Comment

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts