Sunday, 11 January 2015

The Unsung Hero

"Istiqamah, Pernah dengar kan? Tapi nak apply susah doh!"

Lelaki itu mengiyakan kata-kata sahabatnya. Memang benar, istiqamah itu, semua tahu pengertiannya. Namun bukan semua mampu melakukannya. Hakikatnya, untuk istiqamah perkara yang kecil pun sudah cukup susah, apatah lagi dengan perkara besar!

Insya Allah, esok 11 Januari akan menandakan tarikh genap setahun, 365 hari poster Daily Quotes Platform Siswa Islam Malaysia UK terbit. Setiap hari post, tanpa fail, tanpa henti dan tanpa penangguhan. Allahu. Bukan calang-calang orang boleh membuat nya. Walaupun nampak seperti kecil sahaja, tetapi sebenarnya ia nya besar!
Daily Quote yang ke 365, genap setahun
It's the small things that give big impact of something. Saya kenal pada insan yang membuat poster tersebut. Beliau awal-awal katakan, beliau tidak pandai untuk bercakap di hadapan, menguruskan program, buat modul atau teknikal dan sebagainya. Tetapi kepandaiannya dalam fotografi, videografi dan editing. Memang itu 'logam' beliau!

Sungguh, jujur saya cakap, beliau sumber inspirasi saya. Sumber inspirasi terbesar dalam konsep INFIRU itu sendiri. Biar keadaan ringan atau berat, kita tetap berangkat/bekerja. Kan? :')

Tanpa beliau, mungkin Fan Page PRISM itu hanya fan page semata-mata.
Tanpa beliau, mungkin PRISM itu hanya pada Sembang Santai sahaja.
Dan tanpa beliau, mungkin PRISM itu hanya logo PRISM..
(dengan izin Allah)

He's the unsung hero
He's the silent guardian,
and he's the watchful protector.

Manusia di belakang tabir ini lah yang tarbiyah nya hebat berbanding kita. I wrote this post, as a small token of appreciation for him. Sayang, beliau sudah akhir tahun dan insya Allah akan graduate Julai ini. Maka, siapakah pengganti beliau? Siapa penyambung mata rantai dakwah seterusnya?

:'(

No comments:

Post a Comment

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts