Wednesday, 14 January 2015

Psikologi Ada Eksperimen?

Panjang ni, tapi insya Allah berbaloi untuk dibaca
(maaf bahasa informal, sengaja..)

Antara misconception yang popular terhadap jurusan psikologi, selain daripada "Psikologi ni baca orang", adalah ketidaktahuan masyarakat kita mengenai praktikal Psikologi itu sendiri, yakni Laboratory atau Experiment. Oleh sebab saya stress study sepanjang hari, nah ini hasil saya 'lari' sekejap. Saya buat FAQ sikit untuk yang tak tahu.

Q : Psikologi pun ada eksperimen? Serius?

A : Yes. Ada. Serius. Kami panggil orang, pandang mata dia lama-lama, pastu kami psiko dia. Bagi dia pecah kepala. Ok. Itu sarkastik by the way. Jawapannya ya, kami ada eksperimen juga.

Q : Apa yang korang buat dalam lab? Eksperimen apa? Macam kelakar je ada eksperimen Psikologi. Serius kelakar. Psiko orang?

A : Untuk jawab ini, sebelum tu kena tahu yang psikologi ni Social Science, dan gabungan Sains & Falsafah. Makanya, kena tahu yang banyak teori, pendapat dan argument dalam pendirian masing-masing. Psikologi bila disebut Social Science, maksudnya kami belajar pasal society, pasal orang, pasal diri sendiri. So, banyak pendapat, banyak teori.

Q : Direct to the point je lah...

A : Eh eh. Bising pula. Dah nak tahu tu, dengar la. Soalan pendek tapi jawapan panjang. Hish. Ok sambung balik. Oleh sebab ada banyak teori, maka macam mana nak buktikan siapa betul? Pernah dengan empirical research kan? Ingat lagi sekolah dulu, buat report sains? Ada hipotesis, ada inferens, pemerhatian, pembolehubah dan sebagainya. Well, same goes to Psikologi juga.

Q : So Psikologi ini macam sains la? Eh masih tak menjawab soalan lagi ni. Apa eksperimen korang buat?

A : Bukan macam, tapi memang sains pun. Well, let's say kita bagi contoh. Apa teori yang ko tahu, something pasal psikologi? Apa-apa je la yang terlintas kat kepala.

Q : Hmmm.. Perempuan tak pandai parking? (bukan semua)

A : Ha itu contoh menarik. Well, bila sebut pasal kepandaian untuk parking, benda ni berkait rapat dengan spatial memory, iaitu memori kita pasal space. Navigation otak kita, nak agak-agak ruang, pastu nak kira-kira jarak dan sebagainya. Semua tu under Spatial Memory dan Navigation. Oh ya. Visual Perception juga. So, teori dah ada, which is perempuan tak pandai parking (bukan semua). So ko boleh cakap macam tu je? Apa bukti ko?

Q : Ahh.. I see. So kena la buat ekperimen kan? Dapatkan data yang sah. Pastu buat t-test bagai tu. Make sure yang benda tu berlaku bukan by chance, tapi memang benda tu valid dan significant. Kan?

A : Haa. Pandai pun. Ko dah jawab soalan ko sendiri. Now ko dah nampak point nya kan, kenapa Psikologi ada eksperimen juga.

Q : Kalau data dah valid, kenapa ada macam-macam teori pula eh? Kenapa tak macam valid satu teori (jadi law terus) untuk satu situasi je? Kenapa nak banyak pendapat?

A : Well, sebab yang buat tu manusia. Dan manusia ada macam-macam pemikiran. Kita tak sempurna, walaupun kita sebaik-baik kejadian (cewah bajet islamik). Semua ada sisi pandang masing-masing. Dan eksperimen kita ada kelemahan yang kita tak dapat atasi, yang orang lain boleh argue balik, atau replicate dengan ada penambahbaikan. Itu fungsi kita acknowledge kelemahan eksperimen tu di akhir report, which is dalam Discussion.

Q : Oooooo (mulut ternganga).. Baru aku faham. So I get it now kenapa Psikologi kena buat eksperimen. Dan kenapa korang ada Lab juga. Selama ni aku ingat Psikologi ni just psiko orang, baca orang.. Baca minda bagai tu.

A : (amboi) Good, sekarang ko dah faham. So lepas ni ko boleh la bantu aku eh, sebar-sebar pasal kebenaran ni. Bukannya skeptikal atau stereotaip orang pasal psikologi ni ilmu baca orang. Kitaorang belajar Psikologi, bukan telepati.

Q : Hashtag #Deep. (sambil buat jari hashtag)

A : Exactly brother. Hashtag #Deep....

Trivia : Post ini ditulis siap dalam masa 10 minit. Haha. Laju gila.
Ini bukan #JariMenari dah. Ini dah tahap #JariPatah.
Motivasi tertinggi, sebab stress asyik disalahfaham bab Psikologi ni.
Ingat kami ni Charles Xavier ke?

3 comments:

  1. Alhamdulillah
    Turn to Allah before it's too late
    Why?
    because He gives u such a brilliant mind
    If u don't say syukur u will be kufur

    seriously I really wanted to be someone successful too

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. I'm grateful for all Allah's rezeki and blessing :)

      Actually Allah gives us all brilliant mind.
      ^_^

      Delete

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts