Sunday, 4 January 2015

Mesej Untuk Mereka Yang Baru/Bakal Kahwin

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM IMAN
Perkahwinan itu boleh diibaratkan seperti penjelajahan laut menaiki kapal. Sebuah perjuangan, kerjasama antara nakhoda nya dan teman di sisi. Saling melengkapi dan saling membantu, dalam melawan arus ombak.

Pada awal perkahwinan, merupakan masa yang amat penting. Detik yang boleh dikira sebagai awal perjalanan. Ketika ini lah, akan berlaku pelbagai komplikasi dan kepayahan untuk memulakan perjalanan. Layar baru nak naikkan, enjin baru nak hidupkan, sauh baru nak disimpan, dan pelbagai lagi.

2-4 tahun pertama ini lah masa bagi kedua-dua pasangan ini untuk saling menerima kelemahan masing-masing, tidak lagi seperti tempoh perkenalan dan pertunangan dahulu yang dua-dua nya nampak lengkap di mata masing-masing. Ya lah, ketika itu, semua nya manis sahaja. Semuanya nampak baik, indah, dan seperti yang dicari.
Ketahuilah. Bersabar dan terima lah seadanya, kerana kita berkahwin dengan manusia, bukannya dengan malaikat. Kahwin itu datang dengan lengkap, bererti kita raikan kelebihannya, juga kita raikan kelemahannya. Seperti mana dia juga raikan kelebihan kekurangan kita.

Tempoh awal ini, semoga sentiasa diberi keberkatan oleh Allah. Hayati sebaiknya, praktikal sepenuhnya ilmu-ilmu yang dipelajari sebelum kahwin dahulu. Dan ingat juga, apabila kita berkahwin dengan seseorang, kita berkahwin juga dengan keluarga nya.

Bagi lelaki, ketahuilah kita berkahwin dengan seorang anak perempuan kepada seorang bapa. Dan yang perempuan, ketahuilah kita berkahwin dengan seorang anak lelaki kepada seorang ibu. Instead of seperti kita 'mengambil' anak mereka, lebih baik kita jadikan seperti kita telah 'tambah' anak mereka, iaitu kita, ke dalam keluarga mereka.
Post ini ditujukan kepada sahabat-sahabat saya yang telah mendirikan rumah tangga pada baru-baru ini, juga yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Barakallahu fik, semoga keberkatan Allah sentiasa dalam hidup kita semua, insya Allah. Amin :)

Tambahan : Belajar lah psikologi lain jantina ye :)

Antara buku dicadangkan :
Men Are From Mars Women Are From Venus
Why Men Don't Listen Women Can't Read Maps
Why He's So Last Minute and She's So Wrapped Up
Why Men Lie and Women Cry

Nota Kaki AA :
Doakan saya juga! ^_^

No comments:

Post a Comment

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts