Saturday, 10 January 2015

Dikelilingi Sahabat Osem!

"Aiman, ko buat apa tu? Baca apa?"

"Oh, ini, ada perkongsian daripada FB kawan aku.
Cerita pasal kisah Nabi Musa, Harun dan Samiri (kisah patung lembu emas)."
Aku jawab dengan bersahaja, sambil menghabiskan karangan tersebut. Kisah yang pertama kali aku dengar. Seronok aku membaca, aku sempat bertanya pada kawan aku tadi,

"Ko mesti dah tahu nya kan, kisah Samiri."

Diam beliau, tanda ya. Habis sahaja baca artikel tersebut, aku menceritakan kepada beliau, betapa bertuah dan bahagia nya aku apabila kawan-kawan FB ku ramai yang suka berkongsi benda bermanfaat. Kemudian, masuk waktu solat. Kami bergegar bersiap untuk solat berjemaah. Aku awal-awal, 'ithar' kan beliau untuk jadi imam :P

Sebelum angkat takbir, beliau berbisik, "Nak tahu kisah Samiri kan?"

Kemudian beliau memulakan takbir dan solat kami bermula.

Interesting. 

Sesudah al Fatihah, beliau membaca petikan ayat-ayat Quran daripada surah Taha, iaitu kisah Samiri itu sendiri. Allahu. Aku yang menjadi makmum beliau hanya mendengar. Walaupun tidak memahami Arabic, aku cuba untuk menghayati juga kisah yang diceritakan sepanjang ayat tersebut.

Itu sahaja nak kongsi. Perkongsian biasa-biasa sahaja, cuma point sebenar saya dalam post ini ialah :

1. Seronok bila berada dalam circle sahabat yang suka berkongsi dalam FB
2. Bahagia apabila ada sahabat yang menghafal Al Quran dalam minda mereka.

:')

Gunung Sinai

No comments:

Post a Comment

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts