Saturday, 6 December 2014

Tamak Pahala!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM IMAN

Rasanya sudah lebih sebulan program itu berlalu. Program yang menimbulkan banyak kontroversi dan menjadi salah satu isu terbesar di Malaysia, iaitu I Want To Touch A Dog. Saya tak mahu berkongsi atau menulis apa-apa mengenai Fiqh, penjelasan atau sebaliknya mengenai program itu.


Tetapi, saya amat bersyukur, sebab Allah temukan/kenalkan saya pada sang penganjur itu, iaitu saudara Syed Azmi. Sejak program itu, saya mula follow lebih mendalam post-post beliau di Facebook, dan syukur sangat saya kenal insan seperti beliau.

Beliau sangat banyak memberi inspirasi kepada saya. Yang membuatkan saya muhasabah diri balik, apabila saya melihat program-program charity yang dianjurkan beliau (berkonsep #tamakpahala), jika dicampur yang dalam setahun sahaja, sudah jauh melangkaui jumlah charity work yang pernah saya terlibat sepanjang hidup saya.

"Volunteer does not get paid not because they has no value,
but because their work and spirit are priceless."

Yes. That's how wonderful he is. Saya sangat suka charity work beliau yang sangat banyak, dan mendapat sambutan hangat dalam kalangan volunteer. Antara charity work yang beliau anjurkan; suspended meal, sign language, free market, street Isyak, dan banyak lagi. Dalam erti kata lain, majoriti nya berfokus kepada golongan kuat-upaya.

Some people may disagree with him about the IWTTAD, but I believe that he's more than that. He's more than what media has been talking about him. I respect and admire his spirit in helping the community with all he can. Saya sangat bersedih dengan beratus-ratus death threat yang diterimanya melalui mesej, call, whatsapp dan sebagainya. 

"Kita lihat keburukan seseorang yang terpancar,
tanpa mengetahui kebaikannya yang terpendam.
Sedangkan kita pula, orang nampak kebaikan kita yang terpancar,
tetapi Allah tutup keburukan kita yang terpendam."

So yes, saya sangat bersyukur Allah kenalkan saya dengan beliau. Walau tak pernah bersua muka, walau tak pernah berkata bersama, tetapi semangat beliau dalam charity, setakat ini tertinggi dalam kalangan insan yang saya pernah jumpa :')

No comments:

Post a Comment

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts