Thursday, 4 December 2014

Soalan Same Je!

ASSALALAMUALAIKUM DAN SALAM IMAN

"Soalan sama je setiap kali event ni. Adoi!"
"Please la soalan lain pula ditanya kali ini..."

Biasa dengar kan? Sekadar pengalaman saya menjadi organiser sesuatu event, pasti seringkali terdengar ayat sebegini. Event nya berulang setahun sekali, dan kategori soalan masih di tampuk yang sama!

Ustaz Hasrizal ada memberi contoh situasi ini, apabila setiap kali menjelang Ramadan, pasti soalan yang hampir sama diterima, walaupun tahun berlainan. Kentut batal puasa ke tak? Derma darah batal puasa ke tak? Dan pelbagai lagi.. Menunjukkan pemikiran umat Islam Malaysia masih di tangkuk yang sama.

Tapi kan, cuba kita tanya diri kita balik. Yes. Soalan hampir sama. Yes, kita dah dengar soalan sebegitu tahun lepas, dan lepas lagi. Yes, kita stress kerana pemikiran peserta masih di tangkuk yang sama.

Namun?

Lihat la pada yang bertanya itu. Peserta sama kah?
Orang yang dari tahun lepas kah?
Kalau ya, kita ada hak untuk marah.
Kalau tidak? Tepuk dada tanya selera lah :)

Bukan apa, sebenarnya agak tidak adil kita 'generalize' terus, sedangkan kita lupa, hanya kita sahaja yang rasa itu soalan sama. Dalam kalangan peserta? Mana ada sama! Kerana mereka tak sertai yang tahun sebelumnya! Mana ada sama!

Jangan la kita membina 'dosa warisan' sebegini, menganggap itu semua benda yang sama. Kita menganggap soalan itu soalan warisan daripada peserta sebelumnya. Tidak. Tak sama!

Jangan sampai nanti peserta tak puas hati dengan event kita yang tak seberapa, dan dikata nya,

"Adoi, masalah registration lagi!
Dulu aku join program kat xxxxxx pun masalah sama je!
Tak boleh harap punya organiser!

*Gulp! Sedangkan organiser berlainan!

Gambar Hiasan

No comments:

Post a Comment

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts