Wednesday, 17 December 2014

Sistem Edukasi Yang Akar

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM IMAN

Apabila melihat kes-kes jenayah yang semakin dasyat, membaca isu-isu semasa, kerosakan moral dalam kalangan pemuda (bukan semua), malah dalam kalangan tua yang semakin bongkak (bukan semua), saya tertarik untuk berkongsi sedikit sesuatu.

Perketat undang-undang, menambah bilangan security seperti polis, askar itu bagus. Cuma ia bukan pencegah, tetapi pengubat. In the end, semuanya kembali ke konsep asal semula, iaitu pendidikan awal seorang manusia. Apa lagi, kalau bukan tarbiyatul aulad, atau pendidikan anak-anak dalam sesebuah baitul muslim/keluarga.
Seorang ibu atau bapa mana yang nak tengok anak nya menjadi pembunuh, perogol, rempit, hisap dadah, gangster dan sebagainya? Malahan, sekarang mula muncul bintang kecil, artis kecil-kecil. Belum lagi besar dah terdedah dengan hedosnisme.

And how do we expect Malaysia to become a great country?
A developed country?
with first class mentality?

Even dalam psikologi pun, memang diakui, 7 tahun pertama sejak kelahiran seorang manusia, merupakan masa terbaik untuk mendidik mereka. Kalau tengok di Jepun, tadikan mereka lebih berupa belajar nilai-nilai moral, common sense seorang manusia. In short, something yang penting dalam kemanusiaan. Berbanding kita banyak yang kecil-kecil dah spoonfed dengan kerja sekolah dan sebagainya.

Bila tengok negara seperti Norway. Ibu-ibu yang bersalin diberi cuti 3 tahun, untuk fokuskan mereka kepada tumbesaran anak-anak. Sebab mereka tahu, betapa pentingnya seorang ibu untuk personally mendidik anak bermula daripada saat kelahiran. Short term effect? Yes, kerajaan akan kekurangan pekerja wanita sebab cuti 3 tahun ini. Tetapi long term effect? It'll worth it!

Berbalik lah kepada sistem Baitul Muslim. Yes, the progress will be slow. Yes. The process will be long. And yes, it is quite idealistic. But that doesn't mean that we should give up. Saya menulis ini bukan kerana saya ada banyak pengalaman membesarkan anak, bukan kerana saya tak sabar nak besarkan anak, tetapi kerana saya tahu, antara pengajaran-pengajaran kehidupan saya selama ini, ummi dan abah la yang mendidik saya. Mereka lah yang banyak menambah warna-warni keindahan Islam ke fitrah saya yang asalnya hanya lah seperti kain putih.

Peranan kepada remaja-remaja di luar sana. Kita masih mampu lakukan perubahan. Tanggungjawab membesarkan ummah yang lebih baik daripada sekarang, terletak dalam diri kita sendiri. Insya Allah.

No comments:

Post a Comment

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts