Saturday, 27 December 2014

Menulis BM Bukan Bermakna Gatal

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM IMAN

Beberapa kawan memberitahu saya, mereka perasan post saya sebelum-sebelum ini agak berbau Baitul Muslim/Kahwin. Maka di'gosip'kan mereka, bila mahu hantar kad? Bila mahu jadi nya? Sembang je lebih? Terus terang saya katakan, keseluruhan yang berkata sebegitu kepada saya, merupakan kawan UK atau Ireland saya. Which means that mereka friends dengan saya sejak saya sampai ke sini, Oktober 2013.

Agak kelakar. Sebenarnya bagi sahabat saya especially daripada UniKL MIAT yang sudah baik dengan saya sejak September 2010, mereka tidak pelik pun dengan status BM saya itu.

Kerana apa? Memang teman-teman rapat saya sudah kenal, dan sudah biasa dengan nya. Malah, saya percaya yang mereka sudah faham yang apa yang saya tulis itu, hanyalah secebis dua pengalaman indah banyak menyertai program-program/seminar-seminar Baitul Muslim daripada One Heart Creative Solution (malah ada teman yang saya angkut sekali ke sana. Ramai juga).

(Malah saya juga merupakan salah satu member
daripada group Akademi Baitul Muslim OHCS, unofficial)
Gambar sekitar Seminar Baitul Muslim 1.0
Which is benda biasa bila saya tulis mengenai BM. Sungguh mencomelkan apabila teman-teman saya di sini, belum friends dengan saya semenjak program-program sebegitu, mereka melihat pada penulisan saya yang sudah 2-3 tahun selepas program itu. Which means, mereka melihat saya seolah-olah 'gatal' atau 'tak-habis-habis-dengan-kahwin'. *Giggled* Saya tersenyum je dengar komen sebegitu :D

Saya sangat suka berbual dan berbincang mengenai Baitul Muslim. Bukan semata-mata sebab gatal/tulang rusuk bergetar dan pelbagai itu. Saya suka berbual mengenai BM secara lebih serius dan mendalam. Bukan sekadar cinta, tetapi isu tanggungjawab, pendidikan, tarbiyah, psikologi jantina dan macam-macam lagi.
Gambar sekitar Bengkel Tarbiyatul Aulad
Saya berpendapat dengan Ustaz Hasrizal (yang orang panggil sebagai Ustaz Cinta sebab buku ATN, tetapi beliau nafikan kerana fokus beliau bukan pada cinta, tetapi pada isu di sebalik cinta itu). Sekarang, baru saya memahami maksud dan perasaan beliau.

Reaksi drastik ini berlaku pada saya mula-mula sampai UK (1st year), dan saya rancak berbual mengenai BM dengan pelajar Final Year. Sebab ketika itu, perspektif saya bukan lah pelajar 1st year, tetapi pelajar 4th year (sambung daripada diploma 3 tahun)
Gambar sekitar Seminar Baitul Muslim 2.0
Gambar daripada Seminar Baitul Muslim 3.0
(pentas dihias bertemakan pelamin)
Bak kata seseorang,

"Isu Baitul Muslim ini penting. 
Dengan Baitul Muslim lah kita nak mencapai Ustaziyatul Alam.
Insya Allah"

Nota Kaki AA :
Saya bangga menjadi penulis tegar bab Baitul Muslim. Bukan kerana mood sedang 'high' dengan cinta, tetapi pemikiran yang sangat sukakan bab isu sosial, psikologi jantina, pengendalian syarikat (BM) dan sebagai nya. Kerana di sebalik 'Cinta' yang dikatakan itu, terdapat jutaan ibrah dan faktor lain yang boleh dibincangkan :)

1 comment:

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts