Saturday, 13 December 2014

Mencapai Kepuasan Minda Audiens

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM IMAN

Sedikit perkongsian pengalaman selama saya 'berpotpet' di khalayak ramai. Antara perkara mencabar bagi bab berkongsi ilmu ini adalah, daripada segi pengisian. Specifically on LEVEL pengisian.

Seperti kita semua tahu, penting untuk kita selaraskan tahap perkongsian kita. Maksudnya apabila audiens yang menyertai itu masih peringkat baru nak mula belajar, maka kita perlu rendahkan sikit tahap. Maka, kita perlu beri perkongsian yang berbentuk dari awal, root of the issue dan sebagainya. Supaya mereka yang baru nak bertatih itu, tidak LOST. Supaya mereka dapat grab points kita.

Apabila dalam kalangan audiens yang level nya 'tinggi', maka kita perlu beri yang tinggi, supaya expectation mereka tercapai. Ilmu yang kita beri perlu lah kritikal dan 'tinggi', supaya selaras dengan level mereka.


Namun, yang mencabar/challenging untuk kita pengongsi (sharer),
apabila kedua-dua golongan ini, berada bersama dalam satu program kita.
Bagaimana kita nak capai tahap expectation setiap golongan ini?

Apabila kita beri yang basic, mereka yang 'tinggi' akan beranggapan
"Eh. Ini je ke?"

Apabila kita nak beri yang tinggi, maka yang baru belajar ini akan,
"Alamak. Tak faham la. Ini kisah mana ni?"

Itu la dia bila kita berkongsi secara 'publicised', iaitu campuran pelbagai lapisan audiens. Berbeza apabila kita berkongsi dalam 'circle' atau kalangan yang hampir sama, let's say dalam group kecil, atau team organisasi yang sememangnya 'se-matlamat' kita, maka itu boleh jadi cantik. Kerana kita boleh fokus sepenuhnya, level mana perlu kita beri.

Apa pendapat anda? Macam mana nak capai kesemua level audiens, apabila dikaitkan dengan perkongsian berbentuk public. What would you do?

:)

No comments:

Post a Comment

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts