Friday, 12 December 2014

Manusia Dan Circle Nya

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM IMAN

Selalu sangat kita dengar kan. Ada orang jenis senyap. Ada orang jenis bising. Ada orang suka bercakap. Ada orang prefer untuk berfikir berseorangan. Maka, lahir lah istilah seperti 'introvert extrovert'. Pernah dengar kan?

Kita boleh bahagikan kepada dua jenis orang :

Suka bercakap
Kita tengok dia ketika meeting, perbualan kawan-kawan, dia banyak bercakap. Dia suka luahkan pendapat, beri cadangan dan sebagainya. Pendek kata, sesuatu pertemuan, dia tak bercakap, tak sah.

Suka mendengar/berfikir
Orang macam ini, dia prefer untuk mendiamkan diri, tetapi berfikir dalam diam. Dia lebih bersifat penyabar, mendengar luahan orang, banyak bersetuju dan mengiyakan, dan sebagainya.

Tetapi kan. Sebenarnya, orang pendiam pun boleh jadi bising. Orang bising pun boleh jadi diam. Macam mana? Haaaa.. Sebenarnya ia bergantung pada circle atau grouping yang dia sedang berada. Bagi yang jenis pendiam, dengan orang yang dia sudah selesa, dia senang untuk berkata-kata.

Bagi orang suka bercakap pula, bila dia dengan grouping/circle yang dia jarang, atau kurang partisipitasi, dia lebih prefer untuk mendiamkan diri, walaupun dia jenis suka bercakap. :)

In the end, sebenarnya manusia itu, fitrahnya bising.
(as long as dalam kalangan orang yang 'betul')

Lahir-lahir pun dah buat bising satu labour room kan?

^_^

No comments:

Post a Comment

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts