Tuesday, 9 December 2014

Mana Dakwah Saya? :(

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM IMAN

Sejak 3-4 bulan ini, News Feed saya, selalu je ada post-post yang meninggalkan kesan di jiwa. Ada yang menulis mengenai bidang professional masing-masing, dan relate dengan Allah. Ada yang menulis sekadar quote pengalaman sendiri. Dan paling memberi kesan, yang menulis pengalaman berdakwah dengan non-muslim di universiti masing-masing.

Ada dalam 3-4 orang berkongsi pengalaman sebegini. Ada yang dengan kawan serumah, ada yang dengan driver teksi, kawan sama course dan macam-macam lagi. Jujurnya, saya jadi malu membaca status sebegitu.

Sedangkan saya menetap belajar di Nottingham ini sudah hampir 2 tahun. Saya sudah di tahun 2, pertengahan. Bila tengok balik pengalaman lama-lama, no even one bit of dakwah yang saya sampaikan pasal Islam, kepada kawan-kawan seuniversiti. Malu.

Masa semakin suntuk, graduasi semakin menghampiri, dan saya tiada niat mahu sambung bekerja di sini. Hence, tinggal 1 tahun untuk saya guna peluang ini sebaiknya. Sedihnya, mana dakwah saya? Mana mesej sampaikan pada kawan-kawan sini? Mana kisah saya? :'(

Jujur cakap, antara ke-bertuah-an seorang muslimat di negara non-muslim adalah tudung mereka. Sebab itu terang benderang, menandakan mereka seorang muslim, dan boleh jadi conversation starter. Ada sahabat saya di New Zealand, berkongsi kisah beliau ditegur pakcik di bus stop, bertanya mengenai hijab. Sedangkan saya sebagai seorang lelaki?

Setakat ini yang membuatkan saya 'nampak' Islam adalah sebab first name saya Mohammad. Itu pun berapa kali je setahun guna nama tu. Time sembang-sembang, semua panggil Aiman.

Bab solat? Mungkin itu je kot. Itu pun sebab selalu solat kat prayer room, rumah, changing room. Pendek kata, tersembunyi. So tak 'terpancar' aktiviti muslim pada perspektif seorang non muslim.

Sebab itu saya sangat malu. Sedih. Rasa macam tak ada apa-apa je sumbangan pada ajakan non-muslim kat UK. Antara pemujuk hati adalah, dengan join jadi volunteer Discover Islam Week nanti. Itu je setakat ini yang boleh pujuk hati.

Discover Islam Week lepas(pun saya tak jadi volunteer)
Nota Kaki AA :
Banyak betul 'bangau' kan?

No comments:

Post a Comment

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts