Tuesday, 9 December 2014

Maakk, Takut !

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM IMAN

Saya cukup tidak suka movie hantu. Sama ada filem hantu dari jepun, Melayu, Hollywood atau sebagainya. Ya, saya mengaku, saya tak suka kerana saya takut. Memang saya penakut. Semua orang ada ketakutan masing-masing fobia masing-masing.

Hantu sebegini lebih comel
Saya cukup tidak suka perasaan takut selepas menonton cerita hantu ini, ada 'intertia'. Maksudnya selepas-selepas itu, untuk masa beberapa hari, bila berseorangan, akan terbayang-bayang, dan menyebabkan kita jadi 'penakut sementara'. You know why I hate that? Because at that particular time, I was afraid of something except Allah.

Bunyinya kelakar, simple. Tetapi sebenarnya bagi saya, ia isu serius. Sangat sakit diri bila tahu kita takut sesuatu selain daripada Allah. Fear is a mysterious thing. Ianya berkait rapat dengan memori kita yang teringat sesuatu, dan juga our ability to imagine things yang tidak wujud.

Pendek kata, sebenarnya manusia ini takutkan perkara yang mereka tidak faham/kenal/selesa. Seorang manusia boleh takutkan pentas, walaupun belum lagi masa untuk 'beraksi di pentas'. Jom kita tengok sudut psikologi. Pernah dengar Little Albert? Boleh google atau youtube.

Little Albert dan Tukul Besi (1920)
Little albert ini tak takut apa-apa. Kucing, anjing, semua dia layan. Tetapi apabila di'conditioning' dengan bunyi ketukan besi ketika kucing (stimulus) itu ada, lama-lama dia jadi takut pada kucing itu. Malah, dia jadi takut pada semua benda selepas itu!

Orang boleh kata, macam mana kalau jumpa harimau? Adakah kita takut harimau ketika itu, boleh dianggap kita takut selain Allah? Pendapat saya, TIDAK. Kerana ketika itu, kita bukan takut harimau, tetapi kita takut cakaran, gigitan, ngauman (atas dasar keselamatan diri).

So, kesimpulannya? Semua info pasal takut ini, bila apply pada Allah, ianya berlainan. Kerana apabila takutkan sesuatu, kita lawan dengan menghadapinya, atau lari daripada nya. Takut Allah? Kita perlu jadi lebih rapat dengan Dia :')


Nota Kaki AA :
Kesimpulannya, saya tak suka filem hantu :)

2 comments:

  1. Oh sangat terasa part kucing tu. T___T

    ReplyDelete

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts