Thursday, 11 December 2014

Kepenatan, Kelelahan, Kefuturan

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM IMAN

Saya percaya, setiap daripada kita di sini, mesti pernah berasa penat, lelah futur, tak mampu untuk buat dan sebagainya. Itu fitrah, kerja sebagai seorang pelajar, di sambil bekerja untuk society seperti Malaysian Society (Msoc), atau Islamic Society (ISoc) dan sebagainya.

Sibuk submission, sibuk nak meeting lagi, sibuk nak bagi/buat kerja dan macam-macam lagi. Saya pernah lalui semua ini. Saya tahu sangat keserabutan otak, berbanding dengan kepenatan fizikal. Kadang-kadang, saya kasihan melihat pelajar yang terlalu banyak komitmen. Bersemangat untuk kerja dalam organisasi, semangat belajar pun tinggi. Bagi yang mampu, syabas. Bagi yang tidak, berat!


Benarlah Imam Ghazali kata. Antara yang berat di dunia ini, ialah AMANAH. Jadi, apa nak buat bila kita lemah, berat, penat ini? Saya teringat tips ringkas daripada seorang sahabat saya :

"Niat bagi ikhlas, kemudian buat segalanya kerana Allah."

:'(

Ringkas, simple. Tetapi memberi satu tamparan semulajadi.

Buat sahabat saya yang penat bekerja, futur berkhidmat, lelah menyumbang. Bersabarlah, bertenang lah. Ambil wudhuk, hamparkan sejadah, minta la kekuatan daripada Allah. Dia tahu segalanya. Dia dengar segalanya. Dia la sebaik-baik tempat meluahkan perasaan. Dan ingat baik-baik ayat Allah surah At-Taubah, ayat 41 :

"Infiruu!!
Berangkatlah dalam keadaan RINGAN atau BERAT...."

Allah sebut ringan dan berat.
Dalam keadaan senang atau susah.
Ketika masih qowiy atau futur.
Saat kita rajin mahupun malas.
Detik kita motivated atau demotivated.

Whatever situation/condition we are in,
INFIRU !!!

^_^

No comments:

Post a Comment

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts