Sunday, 14 December 2014

Jauh Lah !

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM IMAN

Otot mengecut, tulang menggigil (bukan bergetar), bibir mengering, rambut mengeras dan pelbagai lagi tanda-tanda menunjukkan winter semakin berleluasa. Suhu yang semakin turun, angin yang semakin kencang, dan tahap hibernasi-di-bawah-duvet semakin meningkat.

Semua ini antara petanda-petanda bumi Eropah ini mula berada di paksi bawah putaran bumi, dalam peredaran mengelilingi matahari. Dalam bahasa penjajah nya,

"Brace yourself, winter is coming."

Gambar hiasan
Alhamdulillah, kelas sudah tamat bagi semester autumn, dan bermula lah winter break selama sebulan di tanah Nottingham ini. Sudah menjadi lumrah, maka bertebaran lah pelajar-pelajar keluar dari zon masing-masing, untuk menambah jajahan tapak kaki sendiri. Baik ke Sepanyol, Switzerland, Ireland, atau apa sahaja destinasi pilihan hati masing-masing.

Sekadar ingin berkongsi, beberapa tips dan petua untuk keluar berjaulah ini. 

Pertama sekali, tanam niat dalam-dalam, tanya diri, kenapa nak berjalan? Know that sesetengah daripada kita, menggunakan duit rakyat. Maka muhasabah diri, tanya kenapa berjalan? Mahu bermegah-megah di Facebook kah? Mahu menambah gambar Intagram? Atau mahu meluaskan lagi pandangan mata masing-masing?

Apa sahaja niat masing-masing, semoga dijernihkan sejernih-jernih nya, dan ambil lah manfaat terbaik dalam perjalanan masing-masing. Semoga dalam keselamatan dan keberkatan Allah sokmo, insya Allah.

Kemudian, tips teknikal, apabila tiba di bandar-bandar tertentu, singgah lah ke Tourist Center, kerana banyak manfaat boleh dipelajari di sana, seperti public transport dalam bandar, tempat-tempat menarik, harga dan sebagainya. Kemudian, bab kewangan pula, remember that to bring money just enough for the travel, dan bukannya sebanyak yang boleh untuk dihabiskan. Jangan lupa untuk ada contingency plan, seperti kad debit dan sebagainya.

Akhir sekali, memandangkan sekarang winter, maka siang yang pendek, maka always solat seawal mungkin. Ambil kesempatan ini untuk solat di masjid yang ada (kalau ada) untuk mengenali komuniti muslim di bandar itu, dan susah nak jumpa dah lain kali. Khuf, jaga wudhuk dan sebagainya. Semoga terjaga, insya Allah.

Teringat kata-kata seorang sahabat,
apabila ditanya kenapa nak  berjalan-jalan ke luar negara sana?
Jawapannya, 

"Sebab nak banyakkan tempat sujud di atas tanah Allah."

:')

No comments:

Post a Comment

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts