Sunday, 7 December 2014

I Have A Message For You, Grammar Nazi !

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM IMAN

Kita semua pernah mendengar term 'Grammar Nazi', iaitu istilah yang diberi kepada mereka yang eager/galok untuk membetulkan grammar orang lain, sama ada di FB, Twitter mahupun di alam nyata.

Bagi saya, personally, saya tiada masalah dengan golongan Grammar Nazi, asalkan mereka menepati beberapa syarat yang saya pegang ini :

1. Kena pada tempat, kena pada masa

Saya sangat-sangat marah pada mereka yang menjadi grammar nazi pada tidak kena masa dan tempat. Perkara ini saya belajar sendiri pada satu masa dahulu, bila ada kawan saya yang menulis status dalam English, dan saya eager membetulkan grammar beliau di status itu. 3-4 minit kemudian, status itu telah dipadam, dan beliau personally PM saya. Marah, sedih dan malu atas perbuatan saya.

It was funny to me during that moment (time jadi grammar nazi), tapi bila dia sendiri cakap macam itu, baru saya sedar betapa saya 'menghina' beliau di public, dan alhamdulillah, beliau maafkan. Sejak daripada itu, saya mula jaga ke-grammar-nazi-an saya. 

"Bagi saya, menjaga ukhwah itu lebih penting daripada menjaga tatabahasa."


2. Grammar Nazi ini perlu menjaga juga grammar bahasa sendiri

Ya. Seringkali saya jumpa, pum pang pum pang grammar nazi ini bertindak, membetulkan inggeris kawan mereka. Tetapi bahasa Melayu mereka sendiri, tidak betul. Tulis dengan short form mengarut, tatabahasa Melayu salah dan sebagainya.

Dari / Daripada pun tak tahu beza,
Oleh Kerana / Oleh Sebab pun tak pandai guna,
dan pelbagai lagi.

Ada hati nak betulkan bahasa lain? Bagi saya, mereka ini memalukan bangsa saya sendiri.

Itu sahaja. Ya. 2 sahaja. Asalkan menepati 2 syarat mudah ini, insya Allah saya terima dengan hati terbuka. Maafkan saya, andai saranan saya ini agak kasar. Kerana saya percaya, mesej berhemah bukan bermakna lembut, tetapi kena pada caranya. 

Grammar Nazi ingin menjadi 'keras',
saya juga perlu sampaikan stand saya dengan 'keras'.


Nota Kaki AA :
Saya menulis ini bukan atas dasar saya tahu dalam bab bahasa/sastera,
tetapi atas dasar saya tahu dalam bab menjaga hati kawan sendiri.

No comments:

Post a Comment

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts