Monday, 1 December 2014

Bangau Oh Bangau!

Assalamualaikum dan salam iman


Rasanya, majoriti kita di sini pernah mendengar lagu "Bangau Oh Bangau" ketika kecil dahulu kan? Lagu yang berkisarkan persoalan kenapa bangau kurus, kerana ikan tak timbul, kerana rumput panjang, kerana kerbau tak makan..... dan akhirnya katak panggil hujan kerana ular nak makan beliau.

Pernah terfikir mesej tersirat daripada lagu itu? Satu suasana masyakarat yang saling menyalahkan pihak lain dan mencari alasan. Selalu kan? Kita mencipta alasan apabila kita tak dapat apa yang kita nak? Serious!

Kenapa datang lambat?
Tadi bangun lambat.

Kenapa tak siap assignment?
Kita banyak kerja lain.

Kenapa tak study?
Buku ada orang pinjam.

Kenapa tak pergi gym?
Basikal belum repair.

dan berlarutan seterusnya...

Persoalannya, sampai bila kita nak mem'bangau'? 'Bangau' dicipta bagi menjawab pelbagai masalah kita. Sebenarnya, kita yang 'besarkan' benda itu, untuk 'pujuk' kita supaya tak salahkan diri. Tak pernah kita nak muhasabah diri balik, dan akui, memang salah kita, bukan lagi mem'bangau' semata-mata.

Jadi, ada orang tanya. Daripada lagu "Bangau Oh Bangau", kita nak jadi apa? Ular? Sebab beliau ambil tanggungjawab, mengakui diri sendiri? Tidak lagi menyalahkan orang lain? Bukan! Jadilah manusia! Bukankah manusia itu sebaik-baik kejadian? :)

"Sesungguhnya kami telah jadikan manusia dengan sebaik baik kejadian"
At-Tin : 4


It's time to take charge of your life now,
dan usah membangau lagi!
Stop bangau-ing!

:)

Courtesy of Mohd Rizal Hassan's philosophy,
founder of Take Charge Sdn Bhd


Nota Kaki AA :
So, apa bangau anda dalam sesuatu perkara yang tak berjaya? ;)

No comments:

Post a Comment

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts