Sunday, 30 November 2014

'Yusuf' Dalam Diri Kita

Assalamualaikum dan salam iman!

Sebagai seorang pelajar di negara yang berkos rendah (mengikut nisbah gaji dan kos hidup), sudah tentu antara yang bermain di fikiran adalah mengenai penggunaan duit, especially bagi yang menerima biasiswa.

Bagi saya, belajar selama 3-4 tahun di luar negara merupakan peluang terbaik untuk mengumpul wang, bagi persediaan masa hadapan ketika kerja di Malaysia nanti. Dengan duit lebihan setiap bulan, sayang sekali kalau dihabiskan bulat-bulat untuk melancong berlebihan, shopping butik melampau-lampau dan sebagainya.

Kerana apa? Ingat kisah Nabi Yusuf? Raja ketika itu bermimpi 7 unta yang gemuk di makan oleh 7 unta yang kurus. Daripada tafsiran mimpi itu, negara akan mengalami keuntungan banyak pada 7 tahun pertama, kemudian kemerosotan ekonomi pada 7 tahun seterusnya. Lalu, negara mereka menyimpan hasil lebihan selama 7 tahun pertama yang untung itu, untuk digunapakai ketika 7 tahun berikutnya yang agak merosot ekonomi.

Sama sahaja konsepnya bagi seorang pelajar di luar negara ini. Sekarang ada 'unta yang gemuk'. Nanti apabila dah balik Malaysia ada 'unta kurus', time tahun-tahun awal kerja, merupakan saat paling genting untuk ada duit kecemasan. Jangan ketika itu baru kita menyesal kita terlalu boros berbelanja di saat 'tahun untung kita'. Baru kita sedih banyak duit habis ketika Black Friday, Boxing Day dan sebagainya.

Bukan susah untuk menyimpan. Yang susah nya ialah untuk ada disiplin menyimpan, BERTERUSAN. Cukup la 1/5 daripada elaun sebulan, masuk tabung. Percayalah, ke'untung'an awal dan ke'seronok'an barang murah ini tak bertahan lama. 


Teringat kata-kata seorang junior saya,

"Membazirlah dalam menabung."

Funny, but true ^_^


Nota Kaki AA :
Jadi, bagaimana dengan unta anda? Ada lebihan untuk disimpan tak?
:)

No comments:

Post a Comment

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts