Wednesday, 19 November 2014

Nak Merisik?

Assalamualaikum dan salam iman!

Saya teringat beberapa medium merisik, perkongsian daripada Ustaz Zaharuddin Abd Rahman, ketika slot "Mencari Jodoh - Langkah 1 2 3", Seminar Baitul Muslim 1.0, di Menara TM 2012, anjuran One Heart Creative Solution. Basically, merisik ini adalah peringkat di mana kita nak tahu/selidik personaliti dan peribadi si dia. Antara mediumnya :

Merisik tak semestinya yang mak ayah datang singgah ke rumah si dia.
1. Melalui kawan rapat
Elakkan terlalu ramai. Cukup lah 1-2 orang sahaja, untuk menjaga kerahsiaan. Dan fokus pada soalan yang berkenaan sahaja. Jangan terlalu meleret sehingga nanti timbul minat pada kawannya pula, lam wau lam. :P

2. Melalui FB nya
Lihat kepada post-post nya, gambar-gambar nya dan perbualan beliau dengan kawan-kawan lain di social media. Menjaga ikhtilat atau tidak di FB? Bergambar berlebih-lebihan di Insta? Atau sebagainya. Namun diingatkan, ini hanya percentage kecil sahaja. Jangan jadikan solid evidence. Tetapi, ia tetap memberi gambaran penting mengenai si dia.

3. Melalui ibubapa nya
Ini sangat mencabar. Bukan sebarangan lelaki/wanita boleh buat sebegini. Juga diingatkan, sesetengah lelaki/wanita tak suka konsep ini. Takut nampak macam "Ko tak tanya aku, terus pada mak ayah aku?". Namun ada juga wanita yang prefer cara macam ini. Konsep ini subjektif. :)

4. Melalui gerak kerja bersama
Ini bonus. Sekiranya anda sama kelab/persatuan/pejabat dengan si dia, ini merupakan satu kelebihan ^_^ . Sekali lagi, diingatkan bahawa manusia ini di pejabat lain, di rumah lain. Dan boleh jadi, ada yang 'tunjuk rajin' di hadapan orang, jadi langkah ini dianggap sebagai percentage kecil.

Kesimpulannya, banyak cara kita boleh merisik si dia, tak kira kita sebagai lelaki, atau sebagai perempuan yang nak merisik si lelaki. Konsep merisik biasanya datang ketika kita telah 'diapproach', dan kita nak tahu personaliti orang approach itu, atau kita sendiri yang nak approach, dan kita nak risik beliau.


Merisik ini peringkat di mana kita dah ready nak pilih dia.
Pertengahan antara istikharah dan approach.
Jangan jadikan merisik ini, sebab saja-saja nak risik.


Nota Kaki AA :
Sedikit tips, konsep merisik ini bukan level membuka aib. Jadi kadang-kadang, ada perkara negatif perlu diberitahu awal-awal, supaya bukannya tahu time dah sah nanti. Yang penting sahaja, seperti penyakit, sifat negatif yang boleh mengubah rumah tangga dan sebagainya. Tapi setakat sikap keluarkan ubat gigi tak ikut flow dari bawah, itu tak perlu pun takpe -.-'

No comments:

Post a Comment

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts