Friday, 21 November 2014

'Menjual' Program ?

Assalamualaikum dan salam iman!


Buat program kena ikhlas?
Kenapa ambil bayaran?
Kongsi ilmu tak payah bayar?

Antara pengalaman saya berprogram, seringkali timbul persoalan sebegini. Iaitu dikatakan bahawa nak buat talk/program/kem/berkongsi ilmu kena ikhlas. Kenapa perlu tetapkan bayaran? Ikhlas je!

Rasulullah  bersabda:
"Sesungguhnya amal itu tidak lain hanyalah dengan niat dan
sesungguhnya bagi setiap orang apa yang diniatkan."
(HR Al-Bukhari dan Muslim)

Well, tanya diri kita balik. Mana kita tahu speaker itu tak ikhlas? Macam mana kita yakin trainer itu tak ikhlas? Kenapa kita terus kata PLF itu tak ikhlas?  Persoalan sebegini sangat common. Dan selalu digunakan hujah bahawa, ilmu itu milik Allah. Kongsi ilmu kena ikhlas. Mana boleh jual ilmu.

Betul. Tak dinafikan memang perlu ikhlas. Memang ilmu itu milik Allah. Namun, kita kena faham, yang dijual bukannya ilmu itu! Tetapi servis nya! Kita jangan ingat hanya sebab tetapkan bayaran, maksudnya tak ikhlas?

Tahu tak, bagi seorang speaker, pakai duit tau, untuk pergi kursus, tambah ilmu dan skill, untuk mantapkan lagi modul mereka. Bukannya murah untuk hadiri bengkel, especially yang melibatkan ada certificate, seperti SOIF, PLF, 7 Habits, NLP dan sebagainya.

Kursus Professional Learning Facilitator bersama Bank Muamalat

Juga guna duit untuk beli buku-buku berkenaan dengan modul. Semuanya demi untuk mengasah skill dan menambah pengetahuan seorang speaker/trainer/PLF itu sendiri. Untuk mantapkan lagi modul program masing-masing.

Jadi, ya. Memang ada bayaran. Hanya sebab perlu bayar, bukan bermakna tak ikhlas. Sekali lagi diulang, yang di'jual' bukannya ilmu itu, tetapi usaha, kepenatan, kerja keras dan masa yang diluahkan untuk muncul dengan modul yang mantap, untuk klien.

Kalau nak kata ikhlas perlu lah free, well. Buku agama pun perlu la free kan? Majalah-majalah bermanfaat pun perlu la percuma kan? Sama je konsepnya, yang dibayarnya adalah kos printing, tenaga untuk tulis dan sebagainya.. :)


Nota Kaki AA :

Tetapi ada limitnya. Jangan sampai kita menjadi seorang speaker yang semata-mata untuk duit, tanpa pedulikan kemantapan penyampaian kita, insya Allah ^_^

1 comment:

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts