Friday, 28 November 2014

Bestnya Puasa Winter!

Assalamualaikum dan salam iman


Sejak saya tinggal di negara 4 musim ini, seringkali saya mendengar ayat daripada senior-senior dan kawan-kawan, mengenai winter (musim sejuk) sebagai masa untuk beribadah sebanyak-banyaknya.

Kerana apa? Kerana siangnya yang pendek (puasa pun cepat berbuka) dan malamnya yang panjang (boleh solat lebih banyak). Dengan subuh yang habis jam 7.45 pagi, dan maghrib yang bermula pada jam 3.55 petang, I can see the sense in it.

Namun, kita tanya diri kita balik, best ke puasa macam itu? Betul. Memang best. Tetapi definisi best itu, macam mana? Ada seorang postgrad pernah berkata kepada saya, sebenarnya puasa yang best adalah ketika summer.

Subuh yang bermula jam 2.45 pagi, dan maghrib jam 9.50 malam, itu baru lah best puasa. Kerana puasa itu bukankah tujuan asal untuk menahan diri? Keluar dari zon selesa, iaitu kita yang suka makan. Itu kan antara fungsi puasa? :)

Ada benar juga kata-kata beliau, 

"Nak betul-betul puasa yang best, kena la try puasa time summer,
siang yang super panjang. Itu baru betul-betul tarbiyah!"

Saya? Ramadan di UK? Mungkin tak kot. Saya tahu, senior pun selalu cakap, sekurang-kurangnya, kena rasa sekali seumur hidup Ramadan dan Raya di perantauan. Well, summer saya nak balik Malaysia, so a big no no for me (I need to go back). But, puasa sunat ketika summer, insya Allah boleh. Jom kita sama-sama? ^_^

No comments:

Post a Comment

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts