Friday, 21 November 2014

Bersembunyi di Public vs Personal Touch

Assalamualaikum dan salam iman!

Saya percaya, bila kita bekerja dalam satu organisasi, atau sesuatu event, kita dan team kita mesti ada medium untuk berhubung, sama ada Whatspp/Telegram Group, atau FB Group/Message.



Selalu sangat terjadi bila kita tanya sesuatu soalan, mesti akan krik-krik kan? Kalau di FB group, akan nampak la 'seen by...' Bila di Whatsapp group, sekarang dah boleh baca 'read by..'

Whatsapp

Whatsapp group - Cara untuk tahu 'read by & delivered to' siapa
Kadang-kadang, memang kita perlu bersabar. Soalan penting, tetapi sunyi sepi tiada respond. Ketika ini lah kita perlu sedar, wujudnya konsep 'bersembunyi di public'. Apabila dalam group ramai-ramai, manusia tends untuk bersembunyi, atau kita baca, cuma tak reply. Kerana wujudnya 'social loafing'.

Apa itu?

Social loafing adalah keadaan di mana kita tends untuk reduce workload kita, sebab fikir nanti orang lain akan buat. Benda ini bahaya, dan lama-lama kerja jadi tak selesai, kerana semua fikir benda yang sama.

So apa yang perlu kita buat?

Amalkan konsep personal touch, iaitu contact mereka personally. Insya Allah mereka tak boleh lari, dan nak tak nak, memang kena reply. Yes. Contact personally, walaupun ianya satu soalan kepada public. Perlu la komited kita dengan contact one by one.

Itu la peranan seorang ketua yang proaktif kan? Kita buat kerana Allah, insya Allah. Bersabar, komited dan terus qowiy, insya Allah. Infiruu!

Nota Kaki AA :

Bila ada orang lain buat pengumuman/soalan pula, kita jangan lah 'balas dendam' atau ulangi kesilapan sama. Respond la. A simple thumbs up is more than enough :)

2 comments:

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts