Thursday, 27 November 2014

Antara Lelaki Dan Wanita

Assalamualaikum dan salam iman!

Dalam sesuatu kelab/organisasi/syarikat, saya pernah bekerja dengan pelbagai jenis orang. Dan juga both jantina. Berbeza cara gerak kerja seorang lelaki, juga seorang wanita. Kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing (fitrah jantina).


Cara lelaki bekerja, lebih bersifat visionary dan serius. Lelaki dengan cara mereka 'asalkan ada, jalan' ini contoh terbaik bahawa mereka sangat hebat dalam bab improvisation, iaitu spontaneous-flexibity. Saya perasan, cara lelaki bekerja ini, sangat hebat kalau masuk bab last minute dan style yang santai. Bila sebut last minute, ianya mengenai kebolehan mereka untuk bertenang pada saat genting, dan boleh berfikir rasional, which is REALLY GOOD.

Cara wanita bekerja pula, sangat detail dan bersifat teguh. Serius. Saya perhatikan, mereka ini majoritinya yang saya jumpa, sangat komited dan bersifat 'setia' dan istiqamah. Mereka juga ada yang jenis kurang arif bab teknikal media seperti projektor, laptop, sound system dan sebagainya. Namun, mereka amat hebat dalam bab yang memerlukan detail thinking dan proses gerak kerja yang berbentuk menyeluruh (sehingga sedetail-detail perkara pun mereka fikirkan, tak terfikir oleh lelaki, contohnya bunga apa nak letak untuk hiasan pentas dewan), which is REALLY NEEDED.

It's no wonder apabila lelaki dan wanita ini, bersifat saling melengkapi antara satu sama lain. Si lelaki, analoginya seperti cermin pandang depan kereta, iaitu berbentuk straight, ke hadapan dan visionary (nampak jalan depan), which is needed for a driver to be FOCUS.

Manakala si wanita pula, analoginya seperti rear view dan side mirror, iaitu mereka sangat berguna dalam bab mengetahui apa yang berlaku di sekeliling kereta, which is needed for a driver to be AWARE.

In the end, masing-masing ada kelebihan masing-masing, dan dengan penyatuan mereka ini, terhasil lah satu pemanduan yang berhemat, insya Allah. Because when you drive, I baca peta ^_^

No comments:

Post a Comment

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts