Monday, 10 March 2014

Nak Download Movie? Mari Baca Post Ini

Assalamualaikum dan salam iman!


Post kali ini hanya sebagai tutorial dan information mengenai download movie. Post santai, tidak melibatkan apa-apa isu yang penting, insha Allah :)

Hanya ingin berkongsi petua mendownload movie. Untuk pengetahuan anda, saya adalah seorang yang sangat suka menonton movie. Kerana dari situ banyak ibrah boleh diambil, dan terlalu banyak mesej boleh dibaca dan disampaikan. Tak percaya? Cubalah sendiri!

Petua Mendownload Movie :

1. DVDRip / BrRip
Pastikan title movie yang akan didownload itu tulis begitu. Maksudnya sekiranya DVDRip/BrRip, movie itu seperti yang original. So, video nya bukan rakam dalam wayang, seperti CamRip.  Nak tengok kualiti wayang boleh, sekiranya terdesak sangat nak tengok sebab yang DVD belum keluar lagi (movie ambil masa 3 bulan daripada tarikh wayang untuk keluar internet)

2. Kategori 720p
Maksudnya video itu ber-resolusi HD. Atau senang kata, kalau buka di laptop, dah cover satu skrin, tak perlu full screen lagi dah. Ha, video macam ini cantik, dan sedap ditonton. Berbanding generasi lama punya kualiti, perlu printscreen untuk tonton, dan akan pecah sikit. Kalau 1080p pun lagi okay, tetapi tak perlu. Sebab besar sangat, akan jadi video lagging. Seolah-olah anda memasukkan beg bersaiz gergasi ke dalam kereta kecil. Pack kan? So 1080p ini sesuai untuk TV 30-40 inci boleh lah 

3. Bersaiz sederhana
File movie yang baik adalah 720p, tetapi saiznya hanya lingkungan 700MB-900MB. Ini terbaik. Sebab tak terlalu melampau seperti sesetengah movie saya copy daripada kawan, bersaiz 2GB-3GB  Jika diberi pilihan movie 720p yang bersaiz 800MB dengan 1.5GB, pilih yang 800MB. Jangan mengada nak besar, hanya membazir hard disk. Kualiti nya sama je.

4. Ripper yang dikenali
Ripper ini maksudnya orang yang meng-upload-kan video itu. Ripper, istilah nya. Nak tau senang je, tengok pada file name movie itu. Mereka ini anonymous, demi mengelakkan disaman. So antara Ripper Movie yang famous adalah axxo, YIFY, Maxspeed, Kingdom dan banyak lagi. Kalau cerita bersiri berepisod, lain pula iaitu LOL, DIMENSION dan sebagainya. Sekiranya movie yang didownload ini daripada mereka, insha Allah video kualiti cantik.

(YIFY sekarang nama tengah naik sebab banyak rip movie 720p,
tapi bersaiz 700MB. Bukan senang wooo. Selalunya 1.5GB kalau jenis 720p)
Sekian daripada saya,
Kaki movie sejak cuti SPM dahulu.
^_^

Nota Kaki AA :
Movie banyak adegan yang tidak baik. Banyak mesej yang tidak bagus. Semuanya bergantung pada filter kita untuk tapis perkara-perkara sebegitu. Apa filter kita? Iman la, apa lagi! 

4 comments:

  1. apekah lmn web yg slalu bgi direct downlod movie???? sbb mls nk install torrent

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh try download direct daripada website ganool movie. (google je. lupa exact link website tu)

      tapi sekadar nak kongsi, download pakai torrent lagi memudahkan dan laju.
      sebab pertama, boleh pause. so tak perlu risau kalau internet tiba2 putus.
      dua, tak perlu download banyak link. sekali harung je semua :)

      Delete
  2. mr.admin, kat mane nak download movie tnpa gne torrent ??? thanks :))))

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh try download direct daripada website ganool movie. (google je. lupa exact link website tu)

      tapi sekadar nak kongsi, download pakai torrent lagi memudahkan dan laju.
      sebab pertama, boleh pause. so tak perlu risau kalau internet tiba2 putus.
      dua, tak perlu download banyak link. sekali harung je semua :)

      Delete

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts