Monday, 3 March 2014

Anak Muda Nak Kahwin Muda?

Assalamualaikum dan salam iman!


Apabila ada anak muda yang masih belajar berhasrat untuk kahwin muda, atau kahwin pada usia yang belum bersedia. Jangan lah cemuh atau perli kat dia itu gatal, atau dah tak sabar, atau fikir nak kahwin je, atau sebagainya. Kerana apa? Kerana :


1. Bersyukurlah kerana hasrat yang pertama lahir dari hati dia adalah satu jalan yang halal. Bayangkanlah kalau hasrat hati yang pertama dia adalah nak keluar dating dengan wanita itu? Atau bercouple? Atau lebih teruk lagi, ke jalan yang kotor lagi keji, iaitu ZINA?

2. Anak muda, pengalaman masih mentah. Ketidaksabaran dan gelojak hormon itu lumrah mereka. Maka kita terangkanlah secara lembut dan ilmiah kepada mereka bahawa kahwin bukan perkara main-main. Tanggungjawab, leadership, komunikasi dan sebagainya. Bukan hanya mahu bercinta semata-mata, keluar dating secara halal, atau boleh bergambar sweet-sweet dan sebagainya. Terangkanlah!

3. Berfikiran jauh atau dekat? Boleh jadi niat mahu berkahwin awal sangat boleh jadi kerana berfikiran terlalu dekat. Masih belum nampak visi dan misi serta cita-cita hidup. Namun, boleh jadi juga kerana berfikiran yang super jauh. Mereka mahu mencapai syurga itu mungkin. Oleh itu, jangan terlalu cepat bersangka apa-apa. Berkomunikasi lah dengan mereka, mohon diterangkan kepada kita apa perancangan mereka jika mencapai kahwin muda itu?

4. Selalunya yang niat nak kahwin awal, besar kemungkinan mereka sudah ketemu calon yang disukai, yang mahu dijadikan isteri/suami. Maka bertanyalah kepada mereka. Bantulah mereka dalam mengenali si dia itu. Mungkin bukan kahwin terus, tetapi dengan keputusan yang kedua-dua pihak setuju, pasti ada plan yang boleh dilakukan. Pasti ada! Win-win!

5. Semasak-masak pemikiran dan keputusan itu. Ajarkan lah kepada mereka cara-cara dalam membuat keputusan. Berilah kepada mereka point-point yang perlu diambil kira. Bantulah mereka yang berjiwa muda dan berpengalaman minima itu! Ibubapa yang baik, pastinya mahu membantu anak mereka.

6. Ceritakanlah pengalaman dan pemikiran kita. Dan jangan lupa untuk turut mendengar pengalaman dan pemikiran mereka. Biar adil, dan semoga keputusan dapat dicapai bersama, dipersetujui bersama. 

Insha Allah, ibu bapa puas hati, anak-anak puas hati, semua puas hati. Semoga dapat mencapai syurga yang abadi. Kejayaan terbesar sesebuah institusi kekeluargaan itu adalah apabila semua ahli berjaya 'reunion' di syurga kelak. Amin!

Sebagai penutup, nah saya letak gambar budak kecil comel. Semua orang suka budak comel

Kahwin awal atau lambat, bukan bergantung pada umur.
Tetapi terletak pada persediaan diri kita.

^_^

Nota Kaki AA :
Gaya tulis perspektif ibu bapa.
Macam aku ini bukan anak muda je hahaha!

7 comments:

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts