Sunday, 16 March 2014

Airport Security? Apa Itu Brader?

Assalamualaikum dan salam iman!

Bismillah. Kali ini saya lebih nak berkongsi pengalaman sahaja.
Bukanlah fakta, dan bukanlah hujah. Tetapi ibrah :)

Dan ini juga agak merujuk kepada situasi flight hilang MH370. Dan isu yang ditekankan adalah mengenai isu sekuriti di airport. Tidak kisahlah isu warga asing mahu keluar negara, atau muka warga asing macam muka tempatan, sehingga dikatakan sekuriti dan imegresen jadi longgar, atau apa sahaja. Satu perkara anda perlu faham.

Security di airport merangkumi 3 perkara utama :

1. Pemeriksaan visa dan boarding pass
Iaitu lebih kepada mengelakkan orang datang ke negara tetapi tidak mahu pulang ke negara asal (menetap tanpa visa). Biasanya warga asing yang mahu pulang ke negara asal, kurang dititikberatkan sekuriti part ini

2. Pemeriksaan barangan
Supaya tidak berlaku membawa bahan cecair letupan, senjata, dadah, atau sebarang smuggling. In penting bagi mengelakkan isu kemasukan/pengeluaran bahan haram/berbahaya.

3. Pemeriksaan keselamatan
Penumpang akan dicek sepenuhnya bagi mengelakkan potensi untuk beliau hijack flight ketika di atas sana, kerana apabila sudah terlepas sekuriti, maka tiada polis, bomba, atau apa authority kecuali pilot stewardess (kadang-kadang ada Air Marshall di sesetengah negara). Faktor ini antara yang paling terpenting sekali amat.

Point no 2 dan 3 itu seringkali saya perasan, kurang ketat di airport Malaysia. Saya mohon maaf sangat-sangat sekiranya post saya ini melukakan hati sesetengah pihak, memandangkan ini hanya pengalaman saya sendiri. Mungkin experience orang lain, tidak seperti ini. Mereka mengalami keketatan, tidak seperti kelonggaran saya. Wallahu a'lam.

Mungkin Malaysia belum terdedah dengan situasi berbahaya seperti hijack ini, berbanding di negara-negara luar yang lebih seringkali berlaku. Dan nampaknya, Malaysia sudah mula perlu ketat pemeriksaan mereka, sehingga kasut pun perlu dibuka.

Jika mahu dibandingkan di UK,
airport yang lebih kecil daripada LCCT pun ketat teramat melampaui sekuriti di KLIA.
(mereka tidak mengira besar atau kecil airport itu mempengaruhi keketatan sekuriti)

Teruskan berdoa,
jangan berhenti mengharap!

Nota Kaki AA :Post ini hanyalah pandangan dan pengalaman saya sahaja. Mohon jangan dijadikan hujah atau fakta, lebih kepada kita ambil ibrah/pengajaran daripada nya. Insha Allah. Dan ini bukanlah contoh pengalaman yang terbaik.

No comments:

Post a Comment

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts