Wednesday, 19 February 2014

What Are Your Dominant Senses?

Assalamualaikum dan salam iman!

Setiap manusia akan berkomunikasi dengan manusia yang lain. Dan tiada istilah tidak berkomunikasi. Hanya sebab kita mendiamkan diri, itu bukan bermaksud kita tidak berkomunikasi. Siapa kata komunikasi hanya pada perkataan? Kalau begitu orang bisu tak berkomunikasi lah? Komunikasi itu maksudnya apabila dua atau lebih pihak yang ‘connect’ bersama, pertukaran maklumat dan sebagainya.

"We are always communicating. We cannot not communicate."

Dan apabila menyebut komunikasi, ada dua hubungan yang kita perlu jaga :
  • HabluminallahHubungan dengan Allah
  • HabluminannasHubungan dengan makhluk lain
Insha Allah kali ini, kita sembang sikit pasal komunikasi dengan manusia. Boleh lah apply kepada keluarga, kawan-kawan, untuk dakwah, ceramah, presentation kelas dan sebagainya. Dan bila kita nak berkomunikasi dengan manusia, kita perlu tahu sifat manusia itu sendiri :)

Pertama sekali, perlu tahu apa itu rapport. Rapport ni maksudnya hubungan mesra atau ada ‘tautan hati’ antara dua pihak. Orang yang ada rapport maksudnya ‘senang masuk’ atau ‘same wave’. 

Dan kita perlu faham, hanya 10% je mesej tersirat pada seseorang. Lagi 90% tersirat dalam sub-concious nya. Sebab itu body language, posture gesture dan sebagainya, semuanya ada maksud tertentu. Ada sebab kita tapping kaki bila dalam interview, atau kita gerak-gerak tangan bila bercakap, dan sebagainya :)


Tapi untuk kali ini, kita nak fokus kepada deria kita. Sebagai pengenalan, kita perlu faham yang kita ada 5 deria yang Allah berikan, iaitu penglihatan, pendengaran, bau, rasa dan sentuhan. Tapi kali ini, kita nak tekankan 3 yang utama, iaitu MATA, TELINGA dan PERGERAKAN. Okay? :)

Kita ada ketiga-tiga deria ini, cuma satu akan jadi dominant pada yang lain. Ada orang dia akan lebih suka menggunakan satu deria berbanding deria yang lain. Dia akan prefer pada satu atau dua, berbanding yang lain. Dan dengan deria mana yang lagi utama ini, akan menentukan personaliti kita :)


*   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   

MATA – VISUAL
Orang visual ini maksudnya mereka sangat mengutamakan deria penglihatan.
Jadi secara tak langsung, banyak personaliti beliau berkaitan dengan penglihatan.

Personaliti Visual :
  • Suka melihat maklumat sebagai gambar, diagram, carta, mindmap dan sebagainya
  • Menghafal dengan membina imej visual dalam fikirannya
  • Belajar dengan cepat
  • Cepat bosan bila tiada pelan
  • Sangat menghargai masa, punctual. Start on time, habis pun mesti on time.
  • Prefer ‘big picture’ daripada ‘tiny detail’
  • Suka berpakaian striking, cerah dan obvious

Perkataan dan ayat yang biasa digunakan :
  • Fokus, clear, blur, kurang jelas
  • Nampak macam best je!
  • Eh ko nampak tak apa yang aku nak cakap ni / Aku nampak apa ko cuba sampaikan
  • Tak clear la apa yang ko cerita ni
  • Ko bagi big picture je
  • Aku faham perspektif ko tu
  • Jumpa lagi!
  • Seronoknya dapat tengok ko

Kelebihan orang visual :
  • Boleh bertukar antara dua task/subjek dengan pantas
  • Great time managers

Kekurangan orang visual :
  • Rigid dan kurang fleksibel dengan perubahan jadual/timing
  • Kurang minat pada bacaan detail atau mendengar berterusan


*   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   

TELINGA – AUDITORI
Mereka yang lebih dominant pada pendengaran
Mereka prefer bunyi-bunyian, suara bercakap.

Personaliti Auditori :
  • Hebat mengingati berbentuk perkataan/suara
  • Belajar dengan banyak mendengar kurang buat nota
  • Good storytellers
  • Bercakap ada sound effect
  • Biasa bercakap berseorangan time kerja, fokus atau sebagainya
  • Banyak bunyi aahhhh, ooohhh, hmmmmm

Perkataan/ayat yang biasa digunakan :
  • Ulang balik
  • Bincang
  • Bunyi/Dengar macam best je?
  • Dengar apa aku cakap ni / Dengar tak apa aku explain?
  • Kuat sikit cakap, cakap bagi dengar
  • Cerita la lagi
  • Aku dengar jelas
  • Seronok la dapat sembang dengan ko!

Kelebihan orang Auditori :
  • Hebat bercerita, bercakap depan orang
  • Banyak idea, bagus untuk brainstorming
  • Suka diskusi, explain best
  • Berbakat sebagai writer atau editor
  • Storyteller yang berbakat, dan banyak sound effect nya.

Kekurangan orang Auditori :
  • Kadang-kadang terlalu harsh dan direct
  • Susah untuk berdiplomasi
  • Pendapat terlalu kuat pada sesuatu sahaja
  • Cepat marah kalau bercakap, orang tak dengar/fokus
  • Terbiasa potong ayat orang lain
  • Terlebih cinta pada suara sendiri
  • Akan terus ulang dan ulang point mereka kalau orang tak dengar



*   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   

PERGERAKAN – KINESTETIK
Mereka ini orang yang sangat menghargai pergerakan, sentuhan dan naluri hati.
Mereka banyak mengutamakan fizikal badan.

Personaliti orang Kinestetik :
  • Bercakap perlahan
  • Prefer praktikal daripada teori (nak terus buat)
  • ‘Rasa’ mengenai sesuatu. ‘Feels right/wrong’
  • Ambil masa untuk sesuaikan diri dengan persekitaran/suasana baru
  • Lebih utamakan keselesaan berbanding rupa (pakaian selesa berbanding cantik)

Perkataan/Ayat yang biasa digunakan :
  • Rasa macam best je
  • Aku rasa la kan...
  • Menusuk kalbu. Terasa bhai
  • Selesa ke tak kalau .....
  • Cukup ke tu? 
  • Lembutnya, selesanya
  • I get the point
  • Perasaan, naluri hati
  • Aku suka bila ....
  • Jaga diri, peluk sikit

Kelebihan orang Kinestetik :
  • Setia pada seseorang
  • Sangat supportive
  • Naluri hati sangat kuat
  • Great team players
  • Sangat bagus/hebat dalam pembinaan hubungan
  • Suka buat nota

Kekurangan orang Kinestetik :
  • Susah untuk buat keputusan dengan cepat
  • Akan jadi kelam-kabut kalau terlalu banyak pilihan
  • Terbiasa bagi detail terlebih daripada yang patut
  • Sedikit perlahan, so take time dalam buat sesuatu
  • Boleh jadi demand dalam hubungan



*   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   

OTAK – DIGITAL (EXTRA)

Mereka ini lebih banyak menggunakan fikiran, otak
dan lebih prefer untuk memproses maklumat secara detail dan structured.

Personaliti orang Digital :
  • Menghafal step by step, dan susunan
  • Banyak proses maklumat secara rational dan logical
  • Sangat detail pada sesuatu
  • Belajar dengan proses informasi di otak
  • Memerlukan masa untuk proses sesuatu maklumat

Perkataan/Ayat yang biasa digunakan :
  • Explain, terangkan detail please
  • Pertama sekali, mesti.. Kedua, mesti...
  • Ko tak fikir dulu ke....
  • Nak makan mana eh? (lambat buat keputusan)
  • Tanpa ragu-ragu lagi....
  • Make sense juga
  • Bagi perhatian...

Kelebihan orang Digital :
  • Sangat berbakat dalam selesaikan masalah kompleks
  • Penyusun strategi yang bagus
  • Excellent dalam susun dan manage kerja/projek
  • Handle detail kecil dengan bagus
  • Sesuai planning event, program etc
  • Boleh cepat ‘cantumkan’ detail kecil untuk jadi big picture

Kekurangan orang Digital :
  • Lambat percayakan orang
  • Ambil masa lama sangat untuk buat keputusan
  • Tak suka kena interrupted
  • Kadang-kadang boleh jadi degil (stick dengan pendapat sendiri)
  • Tak volunteerily bagi information, perlu diminta secara specific



*   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   

Jadi, itu la setakat ini. Mana satu yang lebih kena dengan anda? Yang penting, kita selaraskan diri kita mengikut kesesuaian mana. Setiap orang lain-lain. Perlu terima hakikat mengenai itu. Dan perlu faham yang kita tak boleh paksa orang ikut kita, tapi kita boleh ubah diri kita untuk ikut orang sebab itu lebih mudah.

Bila present atau bercakap depan orang ramai, cuba selaraskan semua faktor ini supaya seimbang. Jadi apa jenis deria orang itu pun, mereka boleh ‘masuk’ dengan kita. Bila kita balance dengan semua, insha Allah itu lebih baik.

Terakhir sekali, kita perlu tahu lebih mendalam mengenai diri kita, supaya kita boleh kenal potensi diri kita. Melalui itu lah, senang kita nak selaraskan diri macam mana nak belajar bagi faham, bagaimana nak merancang tugasan dan sebagainya.

Ingat. Hanya sebab kita berbeza dengan yang lain, tiada maksud siapa yang lebih baik daripada yang lain. Ianya hanya bermaksud kita berbeza :)

"It's not how different we are,
but what differences can we make."

4 comments:

About Me

A few years ago, just like any typical SPM leavers, I jumped into an engineering field, thinking that it would suit me well, as I love Physics so much. However, due to my deep passion and intention to understand human mind and behaviour, I continued my journey into Bsc in Psychology at University of Nottingham. More About Me →

Recent Post

Random Posts